Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

March 17, 2012

The list defeated

Hari ini banyak benda nak buat, banyak bende nak beli, ada banyak perkara baru yang diplan, dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

Periuk baru, Kuali baru, Sudip baru, mangkuk baru, sudu baru... LOL, macam baru pindah bilik, tapi semuanya dalam list.

Today's schedule pack sangat. Pagi bangun panaskan bubur kacang dan bahagikan kat yang sempat merasa sebab semalam dah niat, walaupun waktu suntuk, nak jugak buat. Pintu bilik kawan-kawan diketuk satu persatu, "Bubur~ bubur~"... Dalam keadaan bangun tidur mereka tersenyum, aku hanya meneruskan aktiviti.
Habis je bubur, pergi IKEA dengan kak family kecik, Kak Saadiah, Aisyah, Ain, Syu dan Hani. Tak pernah menjejak IKEA sebelum ni, naik bas satu jam setengah, Alhamdulillah selamat sampai.

Masa shopping di IKEA, Kak Saadiah banyak bagi pendapat nak beli ape. Alhamdulillah, walaupun agak tergoda dengan benda2 comel di IKEA, tapi still stick with my list.
Tapi hari ini sangat sejuk. Anginnya tidak tapi walaupun sudah pukul 2 petang, sampai balik di bilik, suhu masih 3 darjah.Ummi dan Farah masak, penat, aku join sekali makan. :P

Pukul 4 petang, siap-siap teman Jiji pergi gym... berpeluh banyak mungkin sebab aku baru lepas makan. Lepas dah peluh-peluh, keaadaan makin sejuk, but still aku ada lagi bende dalam list, dah niat nak habiskan list nih hari nih, so, pergi ChaoShiFa. Alhamdulillah, Allah permudahkan, walaupun kawan-kawan agak risau tapi aku nak pergi membeli sorang diri sebab banyak tempat nak singgah, lagipun cuaca agak sejuk dari biasa, segan plak mereka ikut sama-sama. Plus, rase macam nak main hujan. Its been a long time since I experienced hujan camni. Kat rumah takleh main camni, malulah orang kampung tengok, kan dah besar. Tapi kat sini, tak ada yang kisah. Orang cina memang tak suka langsung jaga tepi kain orang lain, but cant deny that some of them were extremely caring.

Finish the small little trip, pukul 6.30 petang berbasikal balik ke hostel. Keadaan dah macam pukul 12.30 malam. Dalam perjalanan ramai yang bercakap tentang '刮大风' (Angin Besar) malam ni. Aku agak gerun, kalau Allah mahukan, semua pun boleh jadi, jadi aku speed-up basikal, mengharapkan sampai asrama dengan selamat. woot woot sampai. List dah kosong... \(^0^)/

Mandi-mandi, solat, pukul 8.30malam keluar untuk main badminton dengan family kecik. Perjalanan kami diiringi hujan yang romantik dan payung yang comel. Macam ber'adventure' plak rasenye. Masuk-masuk, nampak ramai orang, mula-mula segan nak main, tapi bila tengok diorang pun taklah pro sangat, bermain hanya sekadar beriadah, jadi lagi semangat. Kami ketawa, kami menjerit, pukul bulu tangkis sampai termasuk gelanggang orang lain. Hi3, tapi nilah pengalaman. Tak pernah main badminton dekat hall U sebelum ni, mase main, excited lah sangat sampai berpeluh-peluh macam lari 200 meter. Kik3... Alhamdulillah, pukul 10 malam kami berjalan balik.

Sampai bilik ada meeting kecik tentang apa yang nak dilakukan masa cuti musim panas nanti. InsyaAllah, kami hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Weather forecast cakap esok salji. Bila aku bagitahu yang lain ada yang tak percaya dan ada yang cakap tak mungkin kerana sekarang sudah masuk waktu Musim Bunga. But, who's knows, kan.

Kak suruh mandi, selepas balik sebab bila main hujan, takut demam. So, seperti yang dijanjikan, mandi dan tidur... Ya Allah, hari ini Kau penuhkan dan permudahkan hari aku, dan aku amat bersyukur dengannya. Terima Kasih Sweet <3

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie