Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

September 17, 2016

menangislah tapi Jangan mengalah

khutbah aidiladha selalu menjatuhkan hujan lebat di sempadan mataku.
entah mengapa tiap kali kudengar nama Ibrahim, hatiku seakan berhenti dari mengembang atau mengecut, ia terasa sesak.

Perasaan malu meluru sebagai air mata

dia yang bijak menggunakan akal yang dianugerahkan untuk menapis sendiri khurafat-khurafat dunia kerana fitrahnya mengenal siapa Tuhannya
dia yang bijak berkata-kata menegur kesilapan kaumnya
dia yang dicemuh kerana mengungkapkan kebenaran
dia yang menahan kata-kata menjaga setiap reaksi wajah demi arahan dari Rabbnya
dia yang menunggu berpuluh tahun menahan rindu tanpa rungutan
dia yang sanggup menurut setiap satu perintahNya dan berdamai dengan aturanNya tanpa rungutan

dan tidak kutahu
mampukah kesanggupanku menjangkau
setiap perbuatanfillahnya.

dan kisah Ibrahim, tidak pernah menenangkanku, tapi jua tidak pernah membosankanku.

Hatiku meronta, antara khilafku dosaku yang menggunung yang kuheret bersama beban dakwah yang tidak pernah selesai

Hatiku meronta, antara menahan tangis demi mempertahakann sebuah kekuatan ataupun menangis memecah dinding untuk membina semula sebuah istana keteguhan

Hatiku meronta, menahan perasaan malu, jika pengorbananku tidak setanding pengorbananmu Ibrahim, andai kita bersua muka, tidak mampu aku mengangkat wajah, tidak mampu aku membuka mata

Hatiku meronta, kerana jalan dakwah yang penghujungnya hanya Jannah ini boleh hilang bila-bila masa,

durinya banyak, cabangnya bersimpang siur
hanya doa dan cahaya taufikNya yang menjadi suluhan

rayuanku kepada Rabb supaya setiap langkah gagapku diperkukuhkan
dipandu melangkah memijak kental jalan raya yang mustaqim hanya kepadaNya.

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie