Aku,
tidak boleh cerita tentang masa lalu,
semua bagai hilang
mungkin kerana terlampau sakit
atau mungkin aku merasa yang di hadapan lebih penting.
Lepas dihiris,
dicincang,
digolek panggang,
yang tinggal hanya daging yang sudah masak.
Betul sukar untuk aku cerita,
Kerana apabila marah kepada diri bercampur serba salah
Yang terhasil hanya air mata.
Lebih perit apabila
Aku hanya mampu senyum
dan sudah tidak mampu menangis
Aku hanya mampu senyum
dan sudah tidak mampu marah
Aku hanya mampu senyum
dan sudah tidak mampu merasa sakit
Aku hanya mampu senyum
dan sudah tidak mampu cerita tentangnya
Aku hanya mampu senyum
Kerana aku sudah
lupa
tidak boleh cerita tentang masa lalu,
semua bagai hilang
mungkin kerana terlampau sakit
atau mungkin aku merasa yang di hadapan lebih penting.
Lepas dihiris,
dicincang,
digolek panggang,
yang tinggal hanya daging yang sudah masak.
Betul sukar untuk aku cerita,
Kerana apabila marah kepada diri bercampur serba salah
Yang terhasil hanya air mata.
Lebih perit apabila
Aku hanya mampu senyum
dan sudah tidak mampu menangis
Aku hanya mampu senyum
dan sudah tidak mampu marah
Aku hanya mampu senyum
dan sudah tidak mampu merasa sakit
Aku hanya mampu senyum
dan sudah tidak mampu cerita tentangnya
Aku hanya mampu senyum
Kerana aku sudah
lupa
No comments:
Post a Comment