曾子曰:“吾日三省吾身,为人谋而不忠乎?
与朋友交而不言乎?传不习乎?”
与朋友交而不言乎?传不习乎?”
曾子说:“我每天多次反省自己,为人办事是否尽心尽力?同朋友交往是否诚实可信?老师传授的知识是否复习了?”
Zengzi said,"Everyday I examine myself many times. Do I do my best when doing things for others? Am I honest and reliable when associating with friends? Whether do I review and practice what my teachers teach me?
Semalam adalah hari Nakbah, hari ini pulak Isra'Mi'raj, hari ni juga kalendar Masihi Malaysia meraikan Hari Guru Malaysia, lagi kurang lebih darab bahagi nak puasa. Hari ini subuh di Beijing,jam 3 suku pagi
Dari semalam aku termenung, tiba-tiba rindu sangat kat Nabi, takut diri mengadu domba, cuba banyak2 menghiburkan diri, rvise balik surah-surah yang dah hafal tapi lupa.
Ya Nabi, andai engkau ada pada hari ini, apakah hanya tangis yang akan kulihat pada wajahmu. Adakah kami umat yang mengecewakan?
Ya Allah, pada hari ini, aku terlihat berita rakyat Islam Rohingya dan Bangladesh sedang terapung di lautanMu, bawalah mereka kepada kami, pandukanlah anginmu gerakkanlah perahu mereka kepada kami, dan Kamu lembutkanlah hati pemimpin kami, untuk menerima mereka.
Sudah bertahun dari hari aku lahir, aku hidup bukan hanya dengan kaumku, bukan dengan hanya rakyat Malaysia, bukan dengan hanya umat Islam, jadi masakan tidak mahu aku menerima saudara-saudaraku yang datang dari jauh mencari perlindungan dari saudara-saudara mereka yang selama hanya duduk menenung kesengsaraan mereka.Ya angin, ya laut, bawalah mereka kepada kami.
Israk Mikraj, Nabi, ilmu yang mana, contoh yang mana yang tidak engkau tinggalkan kepada kami? Sesungguhnya Engkau sebaikbaik contoh murabbi, selengkap-lengkapnya ilmu dunia dan kehidupan, yang bukan hanya mengajar, tapi hidup sebagai model lengkap kami, manusia yang mampu merentas dunia, mengajar manusia, dalam keadaan sesederhana hamba.
Masakan aku tak rindu, setiap kali membaca hadis2mu, membayangkan suasana para sahabat yang kagum mendengar kata-katamu,
Masakan aku tak cemburu akan sahabat-sahabat yang sentiasa boleh mencarimu mengadu akan kemaslahatan mereka,
Masakan aku tak ingin mendengar nasihat-nasihatmu yang hingga ke hari ini masih lagi menggegar hati hati keras.
Masakan aku tidak mahu.
ya Nabi, indahnya sunnah yang engkau tinggalkan, cerita dan legasimu yang menggugah, yang mahu aku ibrahkan kepada generasi seterusnya.
dan tiadalah hati yang merasa paling deep, selain hati pengcerita.
传不习乎?
No comments:
Post a Comment