Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

May 12, 2015

never in your Wildest dream

dan pada hari ini aku merasa sangat bangga menjadi hambaMu
kagum dengan setiap 'senyumanMu'
kerana pada setiap fasa,
Engkau hadiahkan aku sesuatu yang tidak pernah aku terfikir untuk memiliki

mereka yang bergelar keluarga, sahabat, hidupan dan cinta

semua yang telah Engkau susun indah
untuk aku
manusia yang tidak tahu erti sayang dan menyayangi.

Aku dibesarkan penuh sunyi
lalu tidak pandai untuk menonjolkan kasih sayang
lalu tidak pandai untuk mengatakan, betapa aku kisah tentang kamu
lalu tidak pandai untuk memberitahu, betapa aku ingin menyayangi
kerana dulu, aku tidak pernah mahu berkata-kata
kerana padaku tiada insan dunia yang mahu mendengar.

lalu aku, Engkau lemparkan ke dalam laut ini
untuk meneguk kasih
lalu memberi minum kepada mereka yang seperti aku yang dulu.

Di lautan ini ya Allah,
betulkah masih ada insan yang begini
yang menyayangi sahabat-sahabatnya dengan adil keranaMu
tanpa melebihkan satu dari yang lain?

betulkah masih ada insan yang begini
yang menyayangi makhluk keranaMu
yang menyayangi ummah keranaMu
yang menyayangi sahabat keranaMu
yang menyayangi keluarganya keranaMu
yang menyayangi dirinya keranaMu?

betulkah masih ada insan yang begini
yang baiknya tidak kerana balasan
yang baiknya adalah bukan kerana kepentingan
yang baiknya adalah keranaMu

ya Allah,
betulkah masih ada insan sebegini.....?

Ya Allah,
betapa aku takut, menggeletar, lari dari aku yang dulu
yang sukakan nafsu
yang sukakan kecantikan dunia
yang sukakan sesuatu yang Engkau jelaskan tidak baik untukku.

Kau tahu ya Allah,
hari ini aku punya masa
untuk berkisah denganMu.

lalu merasa janggal
kerana bagaimana boleh
pada hari-hari yang lepas
aku tidak menangis untukMu?

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie