Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

May 31, 2015

This home today

So, this is the house today.
Mula dulu membayangkan aku akan go through this whole semester living with 3 non-Muslims are creepy enough. Kerana di Malaysia, aku disangkarkan bersama ribuan puluh orang Islam yang menjadi majoriti. Dan bila aku menjadi yang minor, aku kaget.

Satu motivasi yang aku beri diri sendiri adalah, "So, Fa, u asked Allah to put in front of u people who make u strong, and today, Allah make the du'a real, He put in front of u, them."

Mula dulu aku membayangkan orang bukan Islam ini adalah manusia manusia yang menakutkan yang akan harm aku in any chance if they got one. haha **I used to be a teen who watched too much animes perhaps.**

But for reality, they come out to be 3 soo soo cute girls from 3 popular countries. One a very cute nerd who a real genius, conquering the Traditional and Simplified Chinese characters, have an osem voice and guess what, she can make delicious cookies!

Another one adalah a cute childlish girl who barely clean anything in the house, like to pampered herself all the time, and very good at natural make up and know the exact voice to call my name in a superb cute voice!

The last one is a mature cute looking girl, and i just know her for 3 months and a half. And know what, she really really reflect how their country people are describe in the TV, cute, active, cute, very diligent, cute, know how to respect people's privacy, cute and really good at house works. Have I mention cute just now? erk...

So, this post is doesnt mean to appreciate these girls overloaded cuteness but to express my appreciation to Allah for giving me this golden chance, *although He make me go through a lot just to be stable in this situation.

So these girls, yang dulu tak pernah mahu atau terniat utk buat ape2 kerja inikan pula buang sampah, this past two weeks had help me buang sampah bilik twice. Achievement unlocked.

yang dulu aku rasa susah nak didekati, hari ini sudah mula curhat tentang daily life problems dengan aku. Achievement unlocked.

yang dulu very protective sampai kunci pintu bilik dengan mangga, hari ini much of the time suka hati letak beg duit atas meja dengan pintu terbuka luas and comfortably sit in the living room studying with me and watching me perform my shalah. Achievement unlocked.

Hari ini, salah seorang memuji tudungku dan meminta untuk mencuba memakainya. Achievement unlocked.

So,aku bukan pro yang spesifik belajar cara untuk mengIslamkan orang atau cara untuk mengajak orang menjadi baik, tapi (walaupun susah tahap gaban nak looking as a good Muslim 24 hours) dengan cuba menjadi Muslim yang baik for 24 hours, you actually making a better relationship with Allah and at the same time, at least membaja people around dengan nilai Islam dan mencambahkan curiousity mereka towards Islam. Achievement unlocked.

Orang yang tak berada di dalam rumah ini bersama mereka, dan orang yang tak mengalami lack of warmness attitude disebabkan communication skills di masa silam yang terbantut spt ambo, takkan faham betapa struggle untuk keep holding myself in this house. But I make it, and I make it with well... if it not reached flying colours, lets put it as jumping colours, can I?

Tapi hari ini aku sedikit sedih, sebab disaat aku sudah mula membaja perasaan ukhuwah yang terasa best dengan mereka, notice di bawah mula membuatkan aku percaya bahawa Allah hadirkan dalam hidup kita setiap benda setiap orang itu untuk membentuk satu kualiti atau mengajar kita sesuatu yang takade pada kita, in a way to make us an osem hamba to Him, at the same time make us an osem human being. Dan bila the qualities unlocked, He take them away from you, as we no longer need it.

Dan dulu tidak pernah aku kisah untuk tatap baca notis ini

They come long enough, and ada lebih kurang bahagi tolak satu bulan lebih untuk keep on menyantuni mereka. Walaupun mungkin mereka tidak kembali kepada fitrah Islam itu pada saat period ini, mungkin mereka akan lebih berminat untuk mengenal Islam selepas waktu ini. Dan doa aku, semoga aku bertemu lagi mereka, jika bukan didunia, kuharap di syurga, dalam keadaan wajah mereka adalah Islam, dalam keadaan wajah mereka gembira melihat aku. Dan this one doa for me, semoga aku juga berjaya ke syurga.

# Its been a tough semester taking care the whole house by yourself, but Allah witnessed and every deeds count, still ok that #This semester in this house is not as tough as last semester, cause Im getting stronger. Yeahhh, achievement unlocked!

#Sem Depan dua dari mereka akan pulang ke negara masing2
#Hari ini aku dan Mizuki demam panas

May 16, 2015

Chuan Bu Xi Hu?

曾子曰:“吾日三省吾身,为人谋而不忠乎?
与朋友交而不言乎?传不习乎?”

曾子说:“我每天多次反省自己,为人办事是否尽心尽力?同朋友交往是否诚实可信?老师传授的知识是否复习了?”

Zengzi said,"Everyday I examine myself many times. Do I do my best when doing things for others? Am I honest and reliable when associating with friends? Whether do I review and practice what my teachers teach me?


Semalam adalah hari Nakbah, hari ini pulak Isra'Mi'raj, hari ni juga kalendar Masihi Malaysia meraikan Hari Guru Malaysia, lagi kurang lebih darab bahagi nak puasa. Hari ini subuh di Beijing,jam 3 suku pagi

Dari semalam aku termenung, tiba-tiba rindu sangat kat Nabi, takut diri mengadu domba, cuba banyak2 menghiburkan diri, rvise balik surah-surah yang dah hafal tapi lupa. 

Ya Nabi, andai engkau ada pada hari ini, apakah hanya tangis yang akan kulihat pada wajahmu. Adakah kami umat yang mengecewakan? 

Ya Allah, pada hari ini, aku terlihat berita rakyat Islam Rohingya dan Bangladesh sedang terapung di lautanMu, bawalah mereka kepada kami, pandukanlah anginmu gerakkanlah perahu mereka kepada kami, dan Kamu lembutkanlah hati pemimpin kami, untuk menerima mereka. 

Sudah bertahun dari hari aku lahir, aku hidup bukan hanya dengan kaumku, bukan dengan hanya rakyat Malaysia, bukan dengan hanya umat Islam, jadi masakan tidak mahu aku menerima saudara-saudaraku yang datang dari jauh mencari perlindungan dari saudara-saudara mereka yang selama hanya duduk menenung kesengsaraan mereka.Ya angin, ya laut, bawalah mereka kepada kami.

Israk Mikraj, Nabi, ilmu yang mana, contoh yang mana yang tidak engkau tinggalkan kepada kami? Sesungguhnya Engkau sebaikbaik contoh murabbi, selengkap-lengkapnya ilmu dunia dan kehidupan, yang bukan hanya mengajar, tapi hidup sebagai model lengkap kami, manusia yang mampu merentas dunia, mengajar manusia, dalam keadaan sesederhana hamba.

Masakan aku tak rindu, setiap kali membaca hadis2mu, membayangkan suasana para sahabat yang kagum mendengar kata-katamu, 
Masakan aku tak cemburu akan sahabat-sahabat yang sentiasa boleh mencarimu mengadu akan kemaslahatan mereka,
Masakan aku tak ingin mendengar nasihat-nasihatmu yang hingga ke hari ini masih lagi menggegar hati hati keras.
Masakan aku tidak mahu.

ya Nabi, indahnya sunnah yang engkau tinggalkan, cerita dan legasimu yang menggugah, yang mahu aku ibrahkan kepada generasi seterusnya. 
dan tiadalah hati yang merasa paling deep, selain hati pengcerita.

传不习乎?

May 12, 2015

never in your Wildest dream

dan pada hari ini aku merasa sangat bangga menjadi hambaMu
kagum dengan setiap 'senyumanMu'
kerana pada setiap fasa,
Engkau hadiahkan aku sesuatu yang tidak pernah aku terfikir untuk memiliki

mereka yang bergelar keluarga, sahabat, hidupan dan cinta

semua yang telah Engkau susun indah
untuk aku
manusia yang tidak tahu erti sayang dan menyayangi.

Aku dibesarkan penuh sunyi
lalu tidak pandai untuk menonjolkan kasih sayang
lalu tidak pandai untuk mengatakan, betapa aku kisah tentang kamu
lalu tidak pandai untuk memberitahu, betapa aku ingin menyayangi
kerana dulu, aku tidak pernah mahu berkata-kata
kerana padaku tiada insan dunia yang mahu mendengar.

lalu aku, Engkau lemparkan ke dalam laut ini
untuk meneguk kasih
lalu memberi minum kepada mereka yang seperti aku yang dulu.

Di lautan ini ya Allah,
betulkah masih ada insan yang begini
yang menyayangi sahabat-sahabatnya dengan adil keranaMu
tanpa melebihkan satu dari yang lain?

betulkah masih ada insan yang begini
yang menyayangi makhluk keranaMu
yang menyayangi ummah keranaMu
yang menyayangi sahabat keranaMu
yang menyayangi keluarganya keranaMu
yang menyayangi dirinya keranaMu?

betulkah masih ada insan yang begini
yang baiknya tidak kerana balasan
yang baiknya adalah bukan kerana kepentingan
yang baiknya adalah keranaMu

ya Allah,
betulkah masih ada insan sebegini.....?

Ya Allah,
betapa aku takut, menggeletar, lari dari aku yang dulu
yang sukakan nafsu
yang sukakan kecantikan dunia
yang sukakan sesuatu yang Engkau jelaskan tidak baik untukku.

Kau tahu ya Allah,
hari ini aku punya masa
untuk berkisah denganMu.

lalu merasa janggal
kerana bagaimana boleh
pada hari-hari yang lepas
aku tidak menangis untukMu?

sudah masak

Aku,
tidak boleh cerita tentang masa lalu,
semua bagai hilang

mungkin kerana terlampau sakit
atau mungkin aku merasa yang di hadapan lebih penting.

Lepas dihiris,
dicincang,
digolek panggang,
yang tinggal hanya daging yang sudah masak.

Betul sukar untuk aku cerita,
Kerana apabila marah kepada diri bercampur serba salah
Yang terhasil hanya air mata.

Lebih perit apabila
Aku hanya mampu senyum
dan sudah tidak mampu menangis
Aku hanya mampu senyum
dan sudah tidak mampu marah
Aku hanya mampu senyum
dan sudah tidak mampu merasa sakit
Aku hanya mampu senyum
dan sudah tidak mampu cerita tentangnya
Aku hanya mampu senyum
Kerana aku sudah
lupa

May 8, 2015

M&M

Why do you write and take photos?

Because 

I dont know

When will I forget

#Champak

H.O.M.E
House of M&M Educators

                                     

May 7, 2015

今天

今天天气很冷,像春天一样。

                我身体又不舒服

          懒得做任何事

                 是不是因为天气很冷,
          我才是这样?

   明天…,有汉语考试
不读书的话,明天可能会'下大雨' !(◎_◎;)

                        坚持

真主,请再一次告诉我,我现在还正在继续坚持学习是为了你


                     ini semua dunia (´-`).。oO(

May 3, 2015

Nak 2.0 jugak le

Aku dulu macho, mmg tak main la ikut2 orang, berbulat bulat gembira, duduk ayu makan ramai2, nangis-? perh, mmg pantang bende2 camgini
Dan dulu terjatuh masuk ke dalam jalan ni pun sbb akak2 comel, n makan sedap2
(Mmg jenis kalau perut dah ditackle, hati pun bg skali)

Jadi mase tu walau tak pandai lg nak cintan2 hubb hubb fillah bende bagai, follow je la sbb dh sayang

Lame2, mmg rase tanpa bende nih, Im dying beep beep beeeeeeep

Tapi mak2 waktu tu sibuk
Mmg banyak kali jadi anak y ditinggalkan
Kalau teringat tergila bayang sat, mmg sendiri kene msg tanye, 
"Akak, erk..., bile free?"
sibuk xdilayan kadang jadik sedih angau sesorang, haha
Rindu nak berbulat bulat sampai nangis2
Pergh mmg anak mithali sgt

Sekarang dah generasi evolution
Nak jumpe anak2 seminggu skali pun macam tunggu bulan jatuh ke riba (imbas peribahasa spm jap)
Mmg kalau dapat jumpe 2 jam seminggu sekali ni rasa cam nak buat sujud syukur
Yang penting mmg anak2 sibuk and masa jumpe mereka memang limited edition
Jadi memang kalau dapat mase mereka at least sejam seminggu nih, kene betul2 appreciate mcm dapat ferrari merah idaman
Nasib baik tak kene "akak, nak jumpe saye, satu jam 100yuan kay, :3"
*tembak kepala -.-"

Tapi kalau betul ade lagi satu generasi evolution dan pada waktu tu mmg kalau nak jumpe anak, kene bayar masa dia, aku konfem, aku bayar

Dah sayang, nak wat mcm mne
Fillah plak tuh 
*buat bunyi tutup bukak air paip
"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie