26 - 27 Mac 2013
Tianjin, China
Ini Kelas Trip Untuk yang berumur 20 tahun KeAtas. Perjalanan ini membenarkan kami merasa menaiki Kereta Api terpantas China ; CRS, membenarkan kami menemui banyak dan sangat banyak makanan halal yang tidak dapat kami temukan di Beijing, membenarkan kami melihat bahawa rakyat Islam China juga sedang belajar mendalami Islam seperti mana kami, membenarkan kami melihat ketahanan kami kepada keperluan yang serba tidak cukup, membenarkan kami merasa satu lagi kelebihan nikmat Allah kepada kami, dan yang paling penting, perjalanan ini membenarkan kami menambah lagi saksi kami kami bersujud dalam melangkah diatas bumiNya. Semoga saksi saksi ini menjaga kami dihadapanNya nanti. Dan semoga perasaan yang kami dapat disini, dapat kami bawa beralun bersama sungai tidak putus yang sedang kami susuri sekarang.Aaamin.
Perasaan kehilangan nafas untuk 3 saat semasa menaiki Pirate ship semasa di Hong Kong masih segar diingatan. Dan tak ingin hilang lagi disini. Sesungguhnya setiap nafas ini adalah saksi hidupku padaNya, tak mahu hilang walau satu. #Satu satu nya yang tidak menaiki permainan ini.
-.-" merasa diri sangat kecil dan penakut. *sigh
Kalimah pertama dipintu salah satu masjid disini
Mengharapkan yang terbaik untukmu, Ummi yang ke 20 tahun ^w^
Ada yang berminat pada wajah yang bermisai dan berjambang
Pemandangan malam Tianjin daripada Wheels Eye of Tianjin yang berputar dengan kepantasan 'Very Slow'.
Sungguh, ingin kami kembali lagi suatu masa nanti. Dengan izinNya, untuk ilmu yang baru.
Terima kasih Tianjin.
#Kredit kepada pemegang-pemegang telefon pintar dan kamera pintar.
Wallahu A'alam.
No comments:
Post a Comment