Ya Rabb, mungkin ini kelemahanku... Tangis itu, berfungsi untuk menguatkan diri aku, menambah sabar apabila iya tergugat untuk hilang. Ada yang menganggap tangisan itu suatu petunjuk bahawa seseorang itu lemah and loser. Tapi aku tahu, Engkau tahu, aku cuba unntuk kuat.
Bagiku, marahku adalah kelemahanku yang kau kurniakan untuk mengajar aku erti sabar dan tangis ini menandakan kejayaanku.
Hari ini, kau membuatkan aku tersentap, apa maksudMu, ya Rabb. Aku masih khayal dalam pemikiranku, cuba untuk menelaah kembali ingatanku. Kau jentik hati ini yang lampunya hanya dibuka untukMu, bagai seseorang cuba untuk menceroboh masuk kembali. Telah aku serahkan semuanya untukMu. Meredhakan apa yang ditentukanMu. Jangan Kau malapkan lampuku ya Rabb, ku pohon...
Disaat ingin melepaskan ujianmu, hati ini memberat, seakan tahu, mungkin ujian ini tidak akan Engkau datangi lagi kepadaku. Aku melepaskan dengan tangisan. Aku berharap dan terlalu berharap Engkau menjadikan ujian itu sebagai kebahagiaanku di masa hadapan, tapi aku malu untuk melayakkan diri ini meminta dengan berlebih-lebih kepadaMu.
Aku tahu, tidak salah untuk mengharap kepadaMu, dan sesungguhnya yang paling boleh diharap adalah Kamu. Ya Rabb, Seandainya jodoh yang telah diciptakan untukku itu lemah dihadapanMu, lemah diBumi dugaanmu, kuatkan hatinya supaya dia boleh membimbingku hanya kepadaMu. Jangan Kau jadikan aku ujiannya. Walaupun jodoh itu masih belum jelas, jagalah Dia untukku...
No comments:
Post a Comment