Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

July 17, 2012

Kunci Kebahagian - menjadi yang pelupa

Tak Dinafikan, diri ini seorang yang sangat mudah terasa, sensitif bak kata orang sekarang, pantang orang buat sesuatu yang dirasakan tidak betul, hati ini mula meronta. Kerana hati lemah ini yang sedang cuba mendalami, mula pening tak keruan akan fakta betul dan salah. Dalam meronta cuba keluar, pemilik memilih untuk menahan. Tetapi kadang-kadang ada api kecil cuba menggeletek, sehinggakan riak muka dan nafas bertukar pantas ibarat emosi anak kecil yang masih daif. Membuatkan orang sekeliling tidak senang dengan sikap diri. Nilai positif dalam teguran masih diri ini tidak dapat kuasai, membuatkan hati memilih untuk diam sebelum bisanya mulut menyakiti. Makin dipendam, makin mendidih. Sedikit dijentik, bergoncang tasik hati.

Tapi kadang2 masa berganti masa, walaupun dalam jangka masa 24 jam mengejar masaNya, dah mula mengabur akan sebab mengapa mata ini semalam hujan, mengapa hati ini semalam hitam... Apabila diluahkan, orang memuji mengungkapkan untung mengidap Amnesia stage 1 macam saye. Senyuman kecil dibalas tanda entah mahu mengiyakan atau menidakkan pujian, tapi andai ini satu kelebihan saya kreditkan kepada Pencipta saya. Thanks Dear Allah...

Dulu hati ini baran. Dalam cuba manakluki baran ini, hati ini menjadi makin lembut, makin mudah menerima, makin mudah meredhakan. Tapi disebalik perasaan positif yang cuba ditimbulkan, terasa masih ade api kecil yang cuba membakar akar hati. Andai yang aku lupa ini adalah bukan rezekiku untuk mengingatinya ya Rabb, tinggalkanlah kepadaku paling sedikit, serpihan-serpihannya sebagai pengingat diri akan penanda dosaku, semoga penanda ini dapat ku telaah dalam mencapai A warna warni dalam peperiksaanMu.

Ada jahiliyah yang aku sayang untuk tinggalkan, orang kata ( kenape asyik orang kate? -..- ermmm ) takpe, perlahan-lahan, cuba. Tapi yang ini ya Allah... Makin aku tahan, aku menjadi lesu, hujanilah hatiku hanya dengan rinduMu. Tangisku, aku serahkan kepada jalanMu, semoga, tangisku ini bukan jalan kecil untuk pesongkan aku dari lebuhraya menuju janjiMu. Mungkin aku hanya pemandu kereta buruk 60km/jam, tak dapat menandingi pemecut-pemecut penyampai dakwahMu, tapi yaAllah, aku mengharapkan yang kecil ini Engkau terima.

Sesungguhnya, aku rindu tamanMu yaRabb... Engkau telah buktikan kepadaku dimana taman-taman kebahagiaanMu didunia, walaupun tiketku disana masih tidak dapat dipastikan tempahannya, Sesungguhnya aku ingin merasanya ya Rabb... 

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie