Bagaimana senyuman terukir hari ini?
Apabila mata ini membidas satu ayat yang menusuk.
Hati mula bertanya, bukankah kamu tidak suka mereka, kenapa, macam mana,
Macam mana kamu boleh cuba untuk melakukan sesuatu supaya mereka merasa gembira, supaya mereka berasa senang? Disaat kamu dipermainkan seolah satu kemudahan yang boleh ditinggalkan selepas digunakan, kenapa kamu masih menolong mereka?
Tiada jawapan khusus. Kerana sesungguhnya aku tidak tahu. Tapi hati, saat ini baru aku sedar, aku menangis kerana aku tidak tergamak, hati aku mencair disaat aku cuba untuk membenci, baru aku sedar sebenarnya aku menyayangi mereka lebih daripada diri ini sedar selama ini. Aku mampu untuk mengorbankan sesuatu yang aku mahu, walaupun diri ini sendiri, kerana aku hanya mahu melihat mereka terus tersenyum. Walaupun kadang-kadang ego cuba melawan diriku hati, aku tahu, ego aku yang fleksibel ini mula merekah, sedikit demi sedikit, kerana, aku sayang mereka.
Aku yakin akan kasih sayang itu, dan aku juga yakin kepadamu wahai hati bahawasanya kamu tidak mampu untuk marah, tidak mampu untuk menyimpan dendam kerana kamu rapuh, kamu adalah hati kepunyaanNya, dan hanya padanya. Dan mereka adalah saudara-saudaraku. Seagama, berkongsi satu pencipta, dan hanya padaNya kami semua akan dikembalikan suatu hari nanti.
Dalam laluanku memanjat kasihNya, aku teserempak dengan ribuan kasih sayang yang membawa lampu untuk segenap bilik di ruang hati ini. Aku nampak mereka, aku tahu kelemahan mereka, apa yang membuatkan aku menyampah apabila melihat mereka. Tapi sesaat aku menenung wajah mereka, aku tidak sampai hati wahai hati. Sebab, aku sayang mereka. Aku lebih rela, mata aku mengalirkan sungai kecil, hidung aku semerah jambu daripada aku cuba untuk memusuhi atau membenci mereka.
Aku jatuh cinta pada kasih sayang yang Kau wujudkan ya Allah. Aku jatuh cinta akan saudara-saudaraku. Disaat aku mengalunkan nama-namaMu, setiap wajah mereka bermain dimindaku. Bagaimana mereka mewarnakan kehidupan yang Engkau berikan kepadaku. Mereka mengajar aku erti banyak perkataan, yang mungkin aku tidak akan belajarnya dengan sendiri.
Aku sayang mereka ya Tuhan. Andai suatu hari nanti mana-mana antara mereka berada didalam kesusahan, sampaikanlah berita mereka kepadaku, berikanlah aku kesusahan mereka, agar kami boleh berkongsi. Agar hati dan beban mereka ringan dalam melangkah ke JannahMu. Utuskanlah aku untuk mereka, dan dengan izinMu, aku akan usahakan meringankan mereka. <3
No comments:
Post a Comment