Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

July 31, 2012

Kasih sayang VS Amarah Dendam

Bagaimana senyuman terukir hari ini?
Apabila mata ini membidas satu ayat yang menusuk.

Hati mula bertanya, bukankah kamu tidak suka mereka, kenapa, macam mana,
Macam mana kamu boleh cuba untuk melakukan sesuatu supaya mereka merasa gembira, supaya mereka berasa senang? Disaat kamu dipermainkan seolah satu kemudahan yang boleh ditinggalkan selepas digunakan, kenapa kamu masih menolong mereka?

Tiada jawapan khusus. Kerana sesungguhnya aku tidak tahu. Tapi hati, saat ini baru aku sedar, aku menangis kerana aku tidak tergamak, hati aku mencair disaat aku cuba untuk membenci, baru aku sedar sebenarnya aku menyayangi mereka lebih daripada diri ini sedar selama ini. Aku mampu untuk mengorbankan sesuatu yang aku mahu, walaupun diri ini sendiri, kerana aku hanya mahu melihat mereka terus tersenyum. Walaupun kadang-kadang ego cuba melawan diriku hati, aku tahu, ego aku yang fleksibel ini mula merekah, sedikit demi sedikit, kerana, aku sayang mereka.

Aku yakin akan kasih sayang itu, dan aku juga yakin kepadamu wahai hati bahawasanya kamu tidak mampu untuk marah, tidak mampu untuk menyimpan dendam kerana kamu rapuh, kamu adalah hati kepunyaanNya, dan hanya padanya. Dan mereka adalah saudara-saudaraku. Seagama, berkongsi satu pencipta, dan hanya padaNya kami semua akan dikembalikan suatu hari nanti.

Dalam laluanku memanjat kasihNya, aku teserempak dengan ribuan kasih sayang yang membawa lampu untuk segenap bilik di ruang hati ini. Aku nampak mereka, aku tahu kelemahan mereka, apa yang membuatkan aku menyampah apabila melihat mereka. Tapi sesaat aku menenung wajah mereka, aku tidak sampai hati wahai hati. Sebab, aku sayang mereka. Aku lebih rela, mata aku mengalirkan sungai kecil, hidung aku semerah jambu daripada aku cuba untuk memusuhi atau membenci mereka. 

Aku jatuh cinta pada kasih sayang yang Kau wujudkan ya Allah. Aku jatuh cinta akan saudara-saudaraku. Disaat aku mengalunkan nama-namaMu, setiap wajah mereka bermain dimindaku. Bagaimana mereka mewarnakan kehidupan yang Engkau berikan kepadaku. Mereka mengajar aku erti banyak perkataan, yang mungkin aku tidak akan belajarnya dengan sendiri. 

Aku sayang mereka ya Tuhan. Andai suatu hari nanti mana-mana antara mereka berada didalam kesusahan, sampaikanlah berita mereka kepadaku, berikanlah aku kesusahan mereka, agar kami boleh berkongsi. Agar hati dan beban mereka ringan dalam melangkah ke JannahMu. Utuskanlah aku untuk mereka, dan dengan izinMu, aku akan usahakan meringankan mereka. <3

July 23, 2012

Facebook's wall Early in the Morning

Nights, they said most bad things happened during the night. Is it? hmmm, maybe thats only one of the chatting topic. As for me, I think night time is when Muslims closest with our Creator. It is the time when no one hear us except Him. It is the time when we give our life ( either we gonna wake up in the next morning or not ) to Him. He decides and we take that decisions as our next step in our little journey to Him.

Just to Him.

I like to browse through the facebook news feeds early in the morning, when the night just walk a few steps away. Why? Why...? Because, what I always saw in the morning is a fresh reminder for me of Him, plus it is the time before the wall filled with my friends status about what they are doing recently. I like to know about their news too, but not as the first post I read in the morning, especially if their post telling or showing something considered as 'people's general topics'. urmmm... But well, I tend to unsubscribe to the unwanted people who seems like always post, erk? something useless... and my news feeds, early in the morning was filled with amazing sentences about Him. just about Him. How I love the situations. It was like you were in a place that...., Soooo Cool~! Haha... cant describe it in words. Although sometimes reading the news feeds does making me crying till my eyes swollen. But sometimes I created a broad smile knowing that He taking care of us, His creations. Thats how my day start.

You know some famous facebook pages like Ustad Nouman Ali KhanIkhwanul MusliminiluvislamUstaz Azhar Idrus OriginalKhazinatul Asrar and Activists around the world for Palestine? Every morning, they coloured my heart to the fullest. Of course, there are a lots more, we just have to click 'LIKE', thats all, thats all to increase our Iman daily. Read, aware and appreciate the chance u were being waken up in that morning. Tell your heart, it will not be an easy day today, but Allah always here, Dont worry, just do it... :D

July 22, 2012

Khaulah al-Azwar

Daripada bacaan ringkas tentang Khaulah al-Azwar al-Kindi, boleh dikatakan namanya sinonim dengan sifat keberanian dan kepahlawanan serta ketangkasan menunggang kuda, sehingga namanya tercatat megah dalam sejarah.

Dibesarkan dalam sebuah rumah keberanian, kemuliaan serta kewibawaan, mempunyai susuk tubuh tinggi lampai dan tegap. Ayahnya al-Azwar terbunuh ketika mempertahankan Rasul S.A.W. Khaulah juga adalah saudara perempuan kepada Dhirar bin al-Azwar, iaitu antara penunggang kuda yang terkenal dikalangan bangsa arab. Khaulah telah keluar bersama-sama saudaranya dalam satu pasukan tentera muslimin yang menuju untuk menakluki negeri Rom di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid. Khaulah turut berjuang di dalam peperangan itu di samping kaum lelaki.

Dalam satu pertempuran yang sengit, panglima Khalid bin al-Walid telah memerhatikan seorang penunggang kuda yang tinggi, seluruh mukanya bertutup, hanya kelihatan matanya sahaja. Ternyata padanya tanda-tanda ketangkasan yang luar biasa, sedang dia berpakaian serba hitam dan di kepalanya berlilit satu imamah atau serban hijau, yang sisinya berjuntaian hingga ke dadanya,lalu dililitkan selebihnya ke belakang. Dia seringkali berada di hadapan lelaki, seumpama api yang marak membakar.

Khalid mengkagumi sikap pejuang itu. Maka dia bertanya kepada pejuang-pejuang yang berada disisinya. ''Siapakah si penunggang kuda itu? Demi Allah dia adalah seorang penunggang kuda yang amat berani.'' Beliau terus memerhatikan cara serangannya ke atas tentera Rom, laksana api yang marak, lalu memecah-belahkan pasukan musuh dan memusnahkan penyusunan ketombokan mereka. Sejurus kemudian lembaga itu hilang di tengah-tengah kumpulan pejuang Islam lain dan terus bertempur bermati-matian, kemudian kelihatan kembali semula sedang lembing yang dipegangnya bertitisan darah, entah berapa banyak orang yang sudah menjadi mangsanya. Dia kemudian terus menggempur askar-askar musuh tanpa perasaan takut atau gentar sedikit pun.

Sebenarnya kelakuan pejuang ini telah menarik perhatian kaum muslimin hingga menaikkan semangat serta meneguhkan lagi tekad mereka. Lalu berkata seorang pemuda bernama Rafik bin Umairah, ''pejuang berkuda itu adalah Khalid al-Walid, panglima kita.'' Akan tetapi sangkaan Rafik tidak tepat apabila Khalid muncul secara tiba-tiba. Lalu Rafik bertanya pada Khalid. ''Siapakah penunggang kuda yang bertarung di hadapanmu tadi, aku sangkakan kaulah penunggang kuda itu.'' Berkata Khalid, ''Demi Allah aku pun dari tadi telah memerhatikan pejuang itu, aku sendiri tidak mengenalinya. Aku kagum dengan keberanian dan ketangkasannya.'' Khalid berkata lagi, ''Wahai kaum muslimin! Satukan semua tentera dan bantulah si
pejuang yang mempertahankan agama Allah itu!''


Maka bertempurlah tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al-Walid bersama pejuang berkuda itu, maka semakin bertambahlah semangatnya laksana api yang menjulang. Akhirnya tentera Islam mengecapi kemenangan yang gilang-gemilang. Apabila pejuang berkuda itu kembali ke garisan tentera muslimin, kelihatan keseluruhan tubuhnya bermandikan darah. Lalu Khalid al-Walid terus mengalu-alukannya seraya berkata, ''Semoga Allah memberkati susu yang kamu minum daripada ibumu sebagai pejuang yang
mengorbankan diri di jalan Allah dan menunjukkan keberanianmu dihadapan musuh!'' ''Siapakah kau sebenarnya? Bukalah kain penutup mukamu!''

Akan tetepi pejuang itu tetap tegak mendiamkan diri tanpa sepatah kata, maka salah seorang daripada tentera muslimin pun berkata, ''Wahai orang yang dimuliakan! Panglima perang berkata kepadamu, kenapa kamu hanya diam membisu dan memalingkn diri daripadanya? Perkenalkanlah dirimu, agar kamu mendapat penghormatan daripadanya.'' Malangnya pejuang itu masih membisu lalu menepuk-nepuk kuda dan terus meninggalkan Khalid bi al-Walid bersama tentera muslimin. Tindakannya ini telah membuatkan Khalid hilang kesabaran lalu menerpa ke arahnya, seraya menjerit, ''Biadap kau! Kau telah telah mengacau hati orang ramai dan hatiku. Lebih baik kau perkenalkan saja dirimu dan dari mana kamu datang?''


Apabila pejuang itu melihat Khalid al-Walid begitu serius, maka dia pun menjawab dan kedengaran suara seorang wanita. ''Aku tidak akan memalingkan mukaku daripadamu, melainkan kerana terasa malu,'' kata suara lembut itu. ''Wahai panglima! Kau adalah seorang yang mulia dan besar kedudukannya, sedangkan
aku seorang wanita yang selalu berlitup.'' Khalid al-Walid kagum dengan penjelasan daripada suara yang lembut itu dan terus bertanya, ''Siapakah kamu dan dari mana kamu datang?'' Suara itu menjawab, ''Aku Khaulah binti al-Azwar. Ketika aku sedang bersama-sama wanita lain, tiba-tiba datang satu berita memberitahuku, bahawa saudaraku Dhirar bin al-Azwar telah ditawan. Maka aku tidak dapat menahan kesabaranku, lalu aku terus menunggang kuda ke sini. Sesungguhnya aku terpaksa melakukan apa yang telah aku lakukan ini.'' 


Khalid al-Walid merasa begitu kagum lagi dengan jawapan dan tindakannya itu. Lantas memuji-muji Khaulah atas keberanian dan keikhlasannya terhadap saudaranya itu. Maka Khalid berkata kepada Khaulah lagi. ''Kita akan menggempur musuh sekali lagi selepas ini dan aku berdoa kepada Allah agar kita dapat menemui saudaramu, supaya kau dapat membebaskannya nanti.''

Penyertaan Khaulah dalam peperangan tidak berakhir di situ sahaja. Beliau telah menyertai beberapa peperangan selepas itu termasuklah peperangan yang berlaku di Syam. Dalam peperangan di Marj Dabik, saudaranya Dhirar telah ditawan sekali lagi. Khaulah sekali lagi telah menggempur barisan-barisan musuh. Beliau juga turut serta dalan peperangan Antakia bersama tentera muslimin yang berakhir dengan kemenangan kepada tentera muslimin.

Selain itu,beliau juga turut terlibat dalam penaklukan Mesir, sehingga namanya disebutsebut semua orang. Beliau terus menjadi seorang perajurit Islam, sehingga beliau menemui ajal pada zaman pemerintanh Khalifah Othman bin Affan R.A. Khaulah telah meninggalkan namanya harum mewangi, yang bau-bauannya terus menerus di cium orang di sepanjang zaman.

Rujukan : Google search ^_^

July 18, 2012

Di Negeri Miskin itula

*Saat touching dek membaca* :')

Di negeri miskin itulah,
Mempunyai seorang Sultan, kesayangan rakyat..

Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..

Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..

Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains..

Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah..

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan..

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin itulah,
Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami..

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..

Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mengenal mula mengenal Tuhan..

Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal..

Di negeri miskin itulah juga,
Saim-saim ambo dilahirkan dan dibesarkan..

Credit to : Tee.R.W

July 17, 2012

Kunci Kebahagian - menjadi yang pelupa

Tak Dinafikan, diri ini seorang yang sangat mudah terasa, sensitif bak kata orang sekarang, pantang orang buat sesuatu yang dirasakan tidak betul, hati ini mula meronta. Kerana hati lemah ini yang sedang cuba mendalami, mula pening tak keruan akan fakta betul dan salah. Dalam meronta cuba keluar, pemilik memilih untuk menahan. Tetapi kadang-kadang ada api kecil cuba menggeletek, sehinggakan riak muka dan nafas bertukar pantas ibarat emosi anak kecil yang masih daif. Membuatkan orang sekeliling tidak senang dengan sikap diri. Nilai positif dalam teguran masih diri ini tidak dapat kuasai, membuatkan hati memilih untuk diam sebelum bisanya mulut menyakiti. Makin dipendam, makin mendidih. Sedikit dijentik, bergoncang tasik hati.

Tapi kadang2 masa berganti masa, walaupun dalam jangka masa 24 jam mengejar masaNya, dah mula mengabur akan sebab mengapa mata ini semalam hujan, mengapa hati ini semalam hitam... Apabila diluahkan, orang memuji mengungkapkan untung mengidap Amnesia stage 1 macam saye. Senyuman kecil dibalas tanda entah mahu mengiyakan atau menidakkan pujian, tapi andai ini satu kelebihan saya kreditkan kepada Pencipta saya. Thanks Dear Allah...

Dulu hati ini baran. Dalam cuba manakluki baran ini, hati ini menjadi makin lembut, makin mudah menerima, makin mudah meredhakan. Tapi disebalik perasaan positif yang cuba ditimbulkan, terasa masih ade api kecil yang cuba membakar akar hati. Andai yang aku lupa ini adalah bukan rezekiku untuk mengingatinya ya Rabb, tinggalkanlah kepadaku paling sedikit, serpihan-serpihannya sebagai pengingat diri akan penanda dosaku, semoga penanda ini dapat ku telaah dalam mencapai A warna warni dalam peperiksaanMu.

Ada jahiliyah yang aku sayang untuk tinggalkan, orang kata ( kenape asyik orang kate? -..- ermmm ) takpe, perlahan-lahan, cuba. Tapi yang ini ya Allah... Makin aku tahan, aku menjadi lesu, hujanilah hatiku hanya dengan rinduMu. Tangisku, aku serahkan kepada jalanMu, semoga, tangisku ini bukan jalan kecil untuk pesongkan aku dari lebuhraya menuju janjiMu. Mungkin aku hanya pemandu kereta buruk 60km/jam, tak dapat menandingi pemecut-pemecut penyampai dakwahMu, tapi yaAllah, aku mengharapkan yang kecil ini Engkau terima.

Sesungguhnya, aku rindu tamanMu yaRabb... Engkau telah buktikan kepadaku dimana taman-taman kebahagiaanMu didunia, walaupun tiketku disana masih tidak dapat dipastikan tempahannya, Sesungguhnya aku ingin merasanya ya Rabb... 

July 16, 2012

Ia Bukan Saya

Terlintas satu gambar comel yang ditampal pada dinding tirai berita muka buku, yang meluahkan seribu rasa. Gambar yang mensyairkan :

Jika wanita cantik yang dicari, ia bukan saya
Jika wanita solehah yang dicari, ia bukan saya
Jika wanita ayu yang dicari, ia bukan saya
Jika wanita kaya yang dicari, ia bukan saya
Jika wanita berpurdah yang dicari, ia juga bukan saya...

Tetapi, jika wanita yang ingin dibimbing, ya, itulah saya...
Bimbinglah dan berilah ilmu agama itu kepada saya....

Si pebimbing itu,
Jodoh itu, adalah cermin diri kita sendiri,
jika saat ini kita sedang berubah ke arah kebaikan, mungkin dia juga begitu...
Tenang dan sabarlah wahai hati...
Kerana ketidaksempurnaan ini diharapkan dapat menyempurnakan yang lain itu...

July 15, 2012

Recent New Items - Results from a PC Fair





Actually, I picked a black in colour, but when I come home, and opened the box, it turned to  be  a pair of pink speaker. Hmmmmm ... 

July 13, 2012

Hopes

Somebody ask me to do something crazy tonight.
'Being someone who coward will not change your inner emotion' she said.
yaa, I messed up, But, Im scared...
ya Rabb... Safe me...
*take a deep breath

--------------

didnt have a very nice ending
*Cant stand the tears... T.T 

Her Engagement






Give them your best care ya Rabb... 

July 9, 2012

Saat aku Cuba menguatkan Diri, Aku Rebah, Jagalah dia untukku

Ya Rabb, mungkin ini kelemahanku... Tangis itu, berfungsi untuk menguatkan diri aku, menambah sabar apabila iya tergugat untuk hilang. Ada yang menganggap tangisan itu suatu petunjuk bahawa seseorang itu lemah and loser. Tapi aku tahu, Engkau tahu, aku cuba unntuk kuat.
Bagiku, marahku adalah kelemahanku yang kau kurniakan untuk mengajar aku erti sabar dan tangis ini menandakan kejayaanku.

Hari ini, kau membuatkan aku tersentap, apa maksudMu, ya Rabb. Aku masih khayal dalam pemikiranku, cuba untuk menelaah kembali ingatanku. Kau jentik hati ini yang lampunya hanya dibuka untukMu, bagai seseorang cuba untuk menceroboh masuk kembali. Telah aku serahkan semuanya untukMu. Meredhakan apa yang ditentukanMu. Jangan Kau malapkan lampuku ya Rabb, ku pohon...

Disaat ingin melepaskan ujianmu, hati ini memberat, seakan tahu, mungkin ujian ini tidak akan Engkau datangi lagi kepadaku. Aku melepaskan dengan tangisan. Aku berharap dan terlalu berharap Engkau menjadikan ujian itu sebagai kebahagiaanku di masa hadapan, tapi aku malu untuk melayakkan diri ini meminta dengan berlebih-lebih kepadaMu.

Aku tahu, tidak salah untuk mengharap kepadaMu, dan sesungguhnya yang paling boleh diharap adalah Kamu. Ya Rabb, Seandainya jodoh yang telah diciptakan untukku itu lemah dihadapanMu, lemah diBumi dugaanmu, kuatkan hatinya supaya dia boleh membimbingku hanya kepadaMu. Jangan Kau jadikan aku ujiannya. Walaupun jodoh itu masih belum jelas, jagalah Dia untukku...

July 8, 2012

SekepulanganKu

Flight dari HongKong International Airport make a delay and cause me and my friends to miss our flight from KL to kg halaman. huhu T.T sedih sedih... but Allah always give us the rain before the rainbow, we tried our best to take another flight as soon as possible to get home to kampung halaman... I got the flight at 8.30pm, and alhamdulillah... Reached Kelantan by 9.30pm...

Disambut oleh this stuff... Despite my tiredness, I was filled with delight... 



Touching ngat ehhh~ Hehe... Ya Rabb, Thank You for giving me them, and 
of course, Thanx, Love you guys!


Ibrah Perjalanan

Sesungguhnya Allah menjawab pertanyaanku, sesungguhnya dimana-mana boleh dilihat Penganut Islam, tapi susah untuk melihat keindahan Islam pada mereka. Pengaruh dan unsur luar yang telah lama secara perlahan-lahan diselinapkan kedalam sanubari setiap insan di dunia ibarat makin menjadi-jadi. Satu mindset yang meyakinkan setiap mereka budaya Barat, budaya Yahudi adalah lebih baik. Alhamdulillah ya Allah, Engkau permudahkan setiap pekerjaan kami sepanjang perjalanan. Terima kasih, Love U! <3

Banyak yang aku belajar, ( banyak jugak gambar yang dicollect >.< ) tapi indahnya alam ciptaanNya memang tak dapat dibandingkan dengan ciptaan manusia. Manusia cuba untuk meniru dan menjadi tuhan kepada ciptaan sendiri, langit di'copy, sungai di'copy tapi masih Allah is The best :D

Aku, menyaksikan kesenangan orang jauh daripadaMu yang Engkau berikan sebelum Engkau datangkan azabMu. Aku, menyaksikan dimana letaknya kegembiraan individu MuslimMu, adakah pada Ukhuwah hamba-hambaMu, Kesenangan DuniawiMu, Ego Individu, Sifat Menunjuk-nunjuk, Kepuasan individu atau syukur kepadaMu. ya Rabb, aku tidak punya hak untuk menilai mereka, tapi pandangan dan perasaanKu, terumbang ambing sepanjang perjalanan dalam aku mencari jawapanMu. Aku ingin bertatih dijalanMu tapi perjalanan aku kali ini memberitahuku, aku masih punya ramai saudara yang masih mencari Mu, dan tatihanku mulai saat ini bukan mudah. Aku perlu menghadapi orang disekelilingku sebelum aku boleh mengadapMu. Masih ada yang belum mahu mengakuiMu, masih belum bersedia? Bertatih dijalanMu ini aku tahu tidak akan boleh untuk aku berhenti, atau pause sebentar sebelum tibanya aku kepadaMu.

Percubaan aku untuk menunjukkan Islam kepada masyarakat yang bersemuka denganku sepanjang perjalanan ini mungkin tidak memberi kesan yang besar kepada agamaMu. Tapi aku berharap aku sudah mengorak langkah pertamaku. Dalam mencuba untuk menjaga imej agamaMu ya Rabb, aku banyak menangis memikirkan apakah betul apa yang aku lakukan, memikirkan yang manakah yang lurus ke jalanMu dan adakah aku telah terpesong dari mensyukuriMu? Adakah aku menangkap gambar untuk mensyukuriMu atau hanya mahu menunjuk-nunjuk kepada masyarakat sekelilingku? Ampunkan aku...

Dalam perjalanan aku ini, aku sedar bahawasanya setiap tempat adalah milikMu, dan disetiap tempat kamu memerhatikan setiap hambaMu. Engkau mengajar aku bahawa tak semua orang boleh menerima teguran ( termasuk aku ), jadi sebagai khalifah kecilMu, perlulah mencari dan mempelajari cara yang betul untuk menegur, jangan sampai mengguris hati atau memutikkan dendam kerana ada yang mampu menerima teguran hanya dengan cara tertentu. Engkau juga mengajar aku, Non-Muslims of course bukan saudara kita, tapi dia adalah hambaNya yang masih mencari, tidak salah andai layanan kita kepada mereka itu baik dan semesra layanan kita kepada saudara kita, mungkin melalui kita dia dapat menerima Islam, dan seterusnya tertarik dan memeluk Islam.

Subhanallah, perjalanan ini juga mengajar aku yang Islam tidak assabiyah, tiada istilah perkauman, perbezaan kulit atau perbezaan bahasa, As long as they are Muslims, They are one of us, our blood, our family...

Guang Zhou



Macau













Hong Kong


'
----- Return To Malaysia -----

July 7, 2012

The Journey of GuangZhou, Macau, China and Hong Kong

Places Visited :
( 29 June )
Beijing Xi Huoche Zhan
GuangZhou Dong HuoChe Zhan

( 30 June )
Wan Ling Guang Chang ( One Link Plaza )
Shang Xia Jiu Shang Chang
Guang Zhou LanZhou LaMien

( 1 Julai )
Yue Xiu Gong Yuan ( Taman 5 Kambing )
Saad Abi Waqaish de Qing Zhen Si
Hai Yin Mai Bu Liao ( Tempat Kain Cotton Silk )
Pearl River Boat Ride ( Guang Zhou City, Jin Hang Liner - Jin Hang Ban Ni You - www.gzjinhangpw.com )
Pasar Malam Muslim - Tong Xin Lu

( 2 Julai )
Bai Yun Shan Hua Yuan ( Naik Kereta Kabel )
Zhan Xi Shopping Street
Beijing Lu

( 3 Julai ) 
Ji Nan DaXue ( Tempat beli Tiket ke Macau )
GongBei Che Zhan, Macau
Pusat Imigresen Macau ( Cop kedatangan dan Visa Penepatan )
Ride free Venetian Bus ke Venetian Hotel, Macau
Macau Venetian Hotel Resorts

( 4 Julai )
Kembali ke GuangZhou Dong HuoChe Zhan ( untuk ke HongKong )
Tiba di Stesen Kereta Api KowLoon, Hong Kong
Ke Chung King Mansion ( tempah hotel for 4 Days and 3 Nights )
The Peak Tram
Madame Tassauds
The Sky terrace
Metro Transit Railway ( Subway Hong Kong )
Avenue of Stars ( Tapak Tangan Jackie Chan )
A Stephanie of Night at Avenue of Stars ( 15 Minutes Lights Show )

( 5 Julai ) - A day at Disneyland
Ride Metro ke Sunny Bay ( transit to Disneyland )
Disneyland Resort
  • ToyStory Playground
  • Theater The Golden Mickey
  • Theater Donald Mickey 3D Musical
  • Theater The Adventure World - Lion King The Musical
( 6 Julai ) -  A day at Ocean Park
Ride Metro ke Ocean Park
Ocean Park
Ride Metro ke Airport Express
Have a Night at Hong Kong International Airport

( 7 Julai )
LCCT, Malaysia
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan, Malaysia...

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie