Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

November 12, 2021

cabut tepi

Pada aku, usrah mengenalkan aku dengan insan-insan perkasa, mengukirkanku puluhan persahabatan bertali langit, membuktikan kepadaku perkara-perkara asing, menumbuhkanku rasa sehijau sana. 

dan jika aku berada dalam usrah kerana kakaknya, nescaya bila dia tiada, maka aku juga tiada lagi sebab untuk terus berada.

Jika aku berada dalam usrah kerana sahabat yang tercipta, nescaya jika Allah uji ikatan itu merapuh maka aku juga tidak bersalah pergi kerana rasa. 

Jika aku berada dalam usrah kerana bulatan orang baiknya, nescaya aku akan melangkah keluar jika ada yang berdosa.

Jika aku berada dalam usrah kerana mengharapkan jodoh yang aman, nescaya jika jodoh itu tidak datang atau aku dizalimnya maka tidak ada sebab lagi pada orang usrah aku menaruh percaya.

Aku berada dalam usrah kerana ia salah satu usaha, yang aku imankan, dilalui oleh sahabat nabi, untuk lebih dekat dengan Ilahi. 

Aku telusuri dengan penuh rasa tidak layak pada setiap langkah. Dengan setiap rasa yang dihadiahkan, cuba percaya bahawa, setiap yang ia beri adalah untuk menulen, mengajar, menguji, membenar, mensejahtera.

Maka dengan setiap titik kelemahan yang dihitung di atas nama aku yang hamba, itulah kebenaran tentang aku yang tidak mulia.

Hanya dengan izin-Nya, aku masih di sini, menerima dan diterima. Dijaga, menjaga dan terjaga. 

Jika satu ini aku lupa, nescaya semua yang aku cuba amal seusai usrah akan ku cabut tepi dan kembali kepada aku yang lama, yang jahil asal usul bicara.

Maka putarkan aku pita, puisikan aku cinta, bisikkan aku namaNya, sentiasa...,
Asyhadu alla ilaha illallah,
wa asyhadu anna Muhammad darrasulullah, 
dariNya, apa yang kamu rasa... 

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie