Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

November 29, 2017

yang tidak mahu berganjak itu AKU

Masa tidak pernah berhenti bergerak
Cuma yang tidak mahu berganjak itu aku.

Lebih 10 kali naik turun naik turun Bangunan Blok E, Tingkat 4
angkut barang sorang-sorang dalam masa 1 jam 15 minit
ada barang more than 15kg
Endurance proof! Achievement UNLOCKED!

Frankly speaking, aku tak pasti apa yang aku tinggalkan disini. Adakah kehadiran aku akan dirindui? 
Perasaannya lain. 
Kalau dulu meninggalkan tanah tarbiyyah dengan mengharap mampu menabur di medan sebenar. Apa yang telah kutabur? Kulit rambutan mungkin... Kergh xD

Ramai pejuang sengkatan tidak sabar untuk pulang ke rumah. Soalan aku, untuk apa? Apa yang kamu mahu buat dirumah? Jika jawapanmu untuk ibubapa, soalan aku, betulkah begitu? Atau ini adalah alasan sahaja untuk kamu merasa diri lebih senang kerana dirumah kamu punya orang tua untuk meringankan beban di bahumu? Samaada dari segi makan pagi petang malammu yang dijaga, pakaianmu yang dibasuh dan dijemur setiap hari, kewanganmu yang sentiasa ditanya, tidak ada keringatmu yang tertitik, semuanya dilap...

Ahh.. mungkin niatmu suci. Maafkan sekilas soalan aku. Sekadar baking soda untuk buang plak pada gigi. Paranoia yang tak pernah insaf berfikir dan musykil.

Kali ini aku meninggalkan medan pertama untuk menabur dimana pula? Apa yang ingin kutabur? Kulihat beberapa sahabat sudah mula mengiklankan diri. Tapi apa yang ingin aku iklankan? Satu kekuatan sedang aku kumpul, hanya untuk berdepan dengan makhluk yang paling aku geruni...manusia... Sedikit sahaja yang tahu betapa hal ini terasa susah bagiku. Bagi si hati yang sangat banyak expectations, semua membuat hipotesis sesat bahawa ini kerja mudah. 

Berat kakiku melangkah keluar bukan kerana aku sayang, tetapi kerana hatiku penuh kerisauan. Di samping setiap malam menitis meminta agar Allah kurniakan ketenangan, almari hatiku masih kacau. Tanggungjawab sebenar satu demi satu mengetuk meminta izin masuk tanpa aku bersedia. "DIDALAM INI SEDANG KACAU! SILA DATANG LAIN KALI" *kalau sahaja aku mampu menjerit kepada setiap tanggungjawab ini.  

Selangkah keluar dari pagar ini, manusia akan mula berharap aku ada kerja, mampu sara diri, cari pasangan untuk tidak menjadi bualan makcik-makcik, punya rumah, ekonomi stabil, bayar bil-bil duit sendiri.... kenapa tiba-tiba aku rasa diri semakin pendek? *faktor usia mungkin... 



Bukti aku lusuh disini dipamerkan melalui kasut-kasutku, yang sudah minta diputuskan talian hayat. 
Lusuhnya bagaimana? Lusuhnya ego yang menyebabkan aku tunduk bersama aturanNya, bersejahtera keatas aturanNya. Satu saat aku makhluk yang menentang segala yang aku mampu tentang hanya untuk memastikan manusia mendirikan dua janji mereka dengan Tuhan. Tapi kini setahun setengah ini mengajar aku untuk bergerak bersama mereka dalam mendirikan 2 janji itu. 

Ya abid... ya khalifah, kamu tahu, aku sangat takut dengan dunia. Aku sangat takut untuk menonjol di khalayak manusia, bahkan aku juga takut dikenali sehingga tahap aku tidak mahu bergaul dengan mereka yang dikenali. Bila aku mengetuk dada menanya khabar, aku merasa ini bukan faktor rendah hati atau rendah diri, ini kerana aku masih tidak mampu melepaskan silam yang terlampau menghiris daging. Mimpi demi mimpi aku merasa setiap manusia yang mengenali aku yang dulu, yang aku lari daripada, datang kembali bak zombi-zombi mengejar dosa-dosa aku untuk menampal setiap daripadanya di kaca TV. Aku takut jika aku ditarik kaki bersama mereka kembali bertukar menjadi zombi itu lagi. 

Bagaimana mungkin aku membina kekuatan? Bukan untuk melupakan, tetapi untuk menerima dan bersejahtera dengan silam, yang tidak pernah luntur despite masa yang sentiasa berjalan. T_T

Give me the strength to forgive and being acceptance for every deeds.

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie