Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

August 21, 2015

Mamalia yang ingin cuba terbang

Ya Abah, Mak, akulah budak gila itu yang hari ini masih bernyawa kerana dulu saat aku ingin hentikan nafas Dia aturkan ade orang bisikkan aku nama Tuhan.

Tak Ramai yang sedar
aku belajar agama baca buku orang malaikat bukan kerana aku mahu menjadi orang warak, tapi kerana inilah rawatan pemulihan yang Dia atur aku pilih untuk diriku.

Dan aku bermimpi mungkin ia boleh merawat beribu lagi yang sepertiku

Tidakkah jelas skali saat dulu betapa aku ingin mati tanpa amal, kini aku ingin hidup dengan bermati matian beramal

Tidakkah jelas betapa dulu aku tidak ingin melihat manamana muka manusia, kini aku mampu tersenyum dan memeluk anak kecil

Tidakkah jelas betapa dulu aku merasa dunia ini jahannam, kini aku mula bercerita tentang bunga

Tidakkah jelas dulu berapa banyak kali aku menyalahkan Tuhan kerana memberi aku kehidupan kini aku merasa betapa sedikit sekali aku bersyukur dengan nikmat kehidupan dariNya



Bizzzzzzzz*ini bunyi kacing gigi

nadiku mula mendatar

bunyinya tidak lagi sepantas itu

Apa kamu rasa ubat ini tidak berkesan

Mintalah pada Tuhan aku yang dulu

Cabutlah tali hayat ini



Kalau itu yang paling memuaskan

Kamu


Cukuplah dengan pengenalan diri yang kamu cuba tulis buatku


Saat sahaja aku mampu memperkenalkan kembali
identiti diri
please write this down

Aku cuma mamalia yang ingin cuba terbang

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie