Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

April 16, 2014

Menyingkat tanpa bangkang

Lama lama aku nampak kita makin gila
Dengan dunia y hanya sementara
Kita yang sebesar debu
Jangan angkat muka atas dunia bukan milik kita
Kembalilah kepada takdir asal kita

Kerana masa adalah makhluk patuh
Yang menyingkat tanpa bangkang

Dan tiada yang lebih merugikan
Amal yang tidak diterima
Dosa yang memagnetkan ke neraka

lari, 
Kalau tak mampu, jalan
Kalau tak mampu, merangkak
Kalau tak mampu, seret diri
kembali kepada Quran
kembali pada agama
kembali kepadaNya

Kerana masa bukan kita yang punya
Keputusan bukan kita yang punya

Kita sudah tak punya masa
Maka nikmat yang mana lagi mahu kita dustakan
Kuasa yang mana lagi kita cuba butakan

#Aku bukan tak buat dosa
Tapi taubat
Aku juga mahu cuba

Kejap, aku nak doa

Mungkin kamu telah terbang tinggi

Tapi aku masih berlari di daratan 
terlompat lompat cuba menggapai kamu

Untuk berpimpingan 

Sebentar
Adakah kamu sedar
Sayapku masih kecil

Aku masih tidak bisa terbang lagi
Ini pula mahu terbang setinggi kamu

Kadang kadang terlompat lompat
Aku tersungkur rebah
Aku bangun lagi dan terus mengejar

Boleh kamu sabar,
Tunggu sekejap, 
Aku mahu minta dengan Allah
Sekejap

#maafAkuLambat
#maafAkuLembap

April 2, 2014

Beep hati panas

Kamu akan lihat, saya sangat menjaga dan menghormati mereka yang menghormati saya sepatutnya. Bukan kerana ego, tapi kerana saya percaya, Allah tidak zalim. 


Setiap benda punya aturan dan adab yang perlu kita ikut. Kalau kita tak sukakan aturan, seolah kita meminta matahari terbitnya dari barat, atau bumi berputar tanpa tetap. Tanpa adab, seolah kita meminta bencana hadir depan mata.

Andai kita mengikut karekteristik yang diletak oleh musuh kita, manusia sepatutnya begini begini, hiburan sepatutnya begini begini, orang yang patut dijadikan idola adalah begini begini, orang yang berstail sepatutnya begini begini, Jadi

bila kita mahu jumpa identiti kita yang hilang dulu? 

Identiti yang meletakkan kita dimata dunia. 


Allah cipta setiap makhluknya bukan bertujuan untuk kehinaan. Walaupun pembuang sampah sekalipun jua punya haknya yang perlu kita hormati. Ini pula kita. Orang yang kita fikir faham, yang kita anggap kawan. Yang kita tahu Islam. Husnuzon, yang selebihnya antara dia ngan Allah.

LillahiTaala


Allah itu Maha Menghalusi, yang penyantun. 

Kalau kita tidak menjaga hati sesama kita, siapa lagi?

O diri o diri.  


Dan aku masih tak faham. Kenapa dalam ramai2 mesti kamu. Kecewa, tapi tak mengapa. Kerana aku

Punya Allah.

Kamu ada?


#jom Istighfar~

April 1, 2014

Bukan aku pelik

Hanya untuk mereka


Aku bukan tak mahu jalani hidup biase seperti kamu, jadi org biase, jadi org normal y fikir ttg diri, study, kawen, kerja, anak. Lepas tu fikir ttg anak, anak punye study, anak bila nak kawen, anak nak kerja ape, anak punye anak. Lepas tu fikir, cucu, cucu punye study, cucu bila nak kawen, cucu nak kerja ape, cucu punye anak. Lepas tu fikir cicit.......... Erkkkkkk


"Manusia biase hanya fikir ttg diri mereka dan ape yang keluar dari mereka (anak)" 

kata seorang sahabat.


Apa yang ada pada kamu yang mahu hidup macam orang lain? Siapa orang lain yang kamu tujukan bak idola kehidupan yang kamu mahu kehidupan seperti mereka. Apa jenis kehidupan yang cuba kamu gambarkan? 

Beritahu aku, lagi penting, beritahu diri kamu, hati kamu, lebih penting dari lagi penting, beritahu ALLAH ttg kehidupan yang kamu mahu itu.


"ALLAH, saya mahukan kehidupan yang macam orang lain" 


Allah cipta setiap manusia itu dengan kehebatan. Dan kalau kamu fikir, kehebatan yang Allah maksudkan itu adalah dengan kamu menjadi yang biase biase, kamu sudah menafikan ayat Allah, dan untuk ape lagi kamu beritahu orang kamu beriman, yakin dan percaya dengan Allah sedangkan 

ayat ayatNya kamu nafikan. 

Dimana kamu letak iman yang kamu katakan tadi? Kalau bukan pada Allah dan ayat ayatNya


Oh diri dunia yang diciptakan

"Manusia dicipta dengan pengetahuan tentang diri mereka sendiri"

Allah dengan santunNya memperkenalkan zatNya kepada kita melalui QuranNya, dunia dan kehebatan2 dunia yang diciptaNya, bukti bukti yang takkan pernah terpadam dari badan kita manusia. Diutus seorang contoh untuk mengajar kita tentang kata kataNya (takut tak faham dan tersesat dari jalan pulang ke rumah)

Nah,

Bukti yang jenis mana lagi yang kamu tunggu? 

Adakah 

Apabila langit biru jatuh menimpa, yang bila bumi luas terbelah, yang bila laut mengamuk bagai, yang bila gunung ganang bergoncang , yang bila surat cinta yang dihantar hilang dari penglihatan, yang bila kamu sudah tak ada sesuatu benda pun kecuali pengadilan dan kata kata putus dariNya tentang kehidupan orang lain yang kamu cuba jalani dalan masa peluang yang Allah beri padamu.


Sungguh aku bukan marah, aku bukan menggesa, dan aku bukan tidak punya sabar


TAPI kerana

KITA 

sudah tak punya

MASA..


**tangisHatiMohonAmpun

Kesalahan kesalahan pada kamu & Dia yang Maha Esa

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie