Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

August 5, 2013

yang Mabuk Tunjuk baik

Demi Allah, Allah menciptakan setiap makhluknya itu sempurna, tetapi kenapa keluar istilah nobody is perfect? MasyaAllah, well..., sepatutnya kena tambah, "nobody is perfect in the eyes of the human but Not in the eyes of the Creator" 

Dulu, diri ini pernah bersua dengan seorang sahabat yang sangat honest bila berbicara. She is very kind and very sweet. This value is a positive value, tapi of course, ada juga yang tak suka akan sikapnya yang terlalu jujur, especially bila berkata-kata. But for me, it is better than the hypocrite me. Dia pernah beritahu bahawasanya ada sahabat sahabat lain yang berkata kepadanya bahawa diri ini suka tunjuk baik. and I replied with a smile. A wideeee smile. Sebab mereka betul. dan InsyaAllah, thats me.

Masa kecik kecik, selalu kene marah, ada 3 orang kakak, tiga tiga selalu marah and tak puas hati dengan diri kerdil nih. Bila semakin besar, always thought that me myself sangat jahat, sangat banyak dosa. Tapi selalu tekad hati untuk tunjuk baik dan cuba buat baik towards ramai orang yang diri ini sangat sayang sangat cinta dan tak mahu mereka berdepan dengan diri ini yang jahat. Dan yang satu ini yang paling diri ini cinta, who always watching me 24 hours, who always care, who always listen although He knows what Im going to say, who always told me lovely sentences when I was very down, who give me a book of love letters, who cause me untuk tunjuk baik 24 hours, it is Him, and only Him, Allah SWT.

Siapa kata tak boleh tunjuk baik depan Allah?
Ya, Dia tengok kita 24 jam, jadi kita kene tunjuk baik 24 jam? *Ahaks..., YUP! Macam pekerja buat buat ada banyak kerja depan boss, atau seorang student buat buat baca buku dengan tekun depan cikgu, atau seorang anak yang buat buat ada banyak homework depan mak dan ayah, that is the way. Seorang hamba yang buat buat warak buat suruhan suruhan penciptanya dengan tertib dengan niat nak tunjuk baik depan his Creator, supaya Creator yang Maha Satu ini sayang kepadanya, cinta kepadanya. Logik kan? And nothing is wrong with this intention. Dan dari sudut orang orang muda, sebenarnya niat nak tunjuk baik depan Allah adalah satu action yang dilabel sangat 'cool', macam seorang gentleman yang bukakan pintu kereta untuk setiap ahli keluarga seorang muslimah yang dia berkenan hanya untuk ambik hati si gadis dan walinya. *Ekekeke~

This one niat, boleh mengelakkan kita daripada membazirkan masa saat futur atau tak futur, menghalang kita daripada buat maksiat apabila bersama sama dengan orang lain atau bersendiri dalam bilik, boleh menjaga pandangan kita and actually boleh membentuk dan menghasilkan akhlak seorang mukmim yang marvelous. Masih sangsi? Cuba, and tepuk dada tanya iman.

Ada yang dicucuk syaitan cakap, 'aku tak cukup baik nak tunjuk baik depan Allah', 'aku banyak sangat dosa sampai kalau aku tunjuk baik depan Allah pun orang tetap akan label aku jahat', 'frust frust FRUST GILER! aku rasa tobat aku tak diterima Allah, sembahyang pun tak reti, ni kan pula nak baca doa'... and so on... so on... so on... Kalau really nak tunjuk baik, kita actually, atau sebenarnya, akan menjadi seseorang yang bukan kita. Seseorang yang totally berbeza, kita akan menjadi sesorang yang Allah suka. Takkan keluar dah statement statement above, Encik syaitan pun dah muflis lidi nak main cucuk cucuk.

So, nape nak give up buat baik? orang tak like, orang tak bace yang kita share, orang tak baca yang kita tulis, orang tak pandang derma kita, tak puji pertolongan kita, tak respond keluhan nasihat kita...,

EXCUSE Me, WHO CARE???
Allah tengah tengok kottt!
Every deeds COUNT. Setiap perbuatan baik itu dicatat pahalanya.
And that is the MOST IMPORTANT ONE. YANG Paling..., SANGAT..., PENTING!!!

July 11, 2013

Finding a Home Two

Indonesia
Bandung, and a small part of Jakarta
[1 - 5 July 2013]

Next in the list is Tangkuban Perahu. Yang nih memang excited, sebab tak pernah tengok gunung berapi before. Selalu dalam TV je. *Ekeke... Tapi betapa Allah menurunkan rahmatnya, gunung yang sepatutnya membinasakan, mampu memberikan powerful benefits to people around it. Tapi betapa gunung itu juga makhluk Allah, sedarkan kamu bahawa sepanjang kita sedang berada di atas gunung ini sebenarnya gunung ini juga bergerak? Itulah kuasa Ilahi yang tidak mampu kamu nafi. 

This Tangkuban Perahu, ada weird smell bila kita dah kat atas, suhu sejuk sejuk suam. According to a sahabat, ini bau sulphur gunung ni. Selanjutnya tidak dapat diketahui. Tapi disini walaupun ramai pengunjung tapi taklah sampat traffic jam. Ada seorang sahabat memaklumkan, mereka di Bandung lebih bersopan dalam perilaku dan kata-kata dibandingkan dengan di Jakarta, dan dari pemerhatian diri, hati ini boleh bersetuju.


Dalam Perjalanan turun gunung dari Tangkuban Perahu, boleh melawat Ciater HotSpring. Semua air terjun ataupun kolam air seperti dalam gambar dibawah adalah air panas daripada mata air pergunungan. Hebatkan Allah? Tapi jagalah pergaulan dan auratmu sepanjang disini. Jangan buka baju sesuka hati. Relakanlah bajumu yang besar besar untuk basah daripada auratmu terdedah. Dikatakan banyak manfaat kesihatan datang rendam kaki kat sini. Keindahan suasana apabila melihat si ibu berpurdah datang membawa anak anaknya mandi air kat sini. Berkelah satu keluarga. Suasana sangat meriah. Sempat berborak dengan seorang pakcik, pemandu pelancong khas tempat ni. Sejuk hati dengar belau menyampaikan petua petua turun temurun orang Indonesia. Tapi AWAS, ais krim dalam tempat ini agak mahal. *dah terkena.


Kami tiga sahabat sempat singgah di tempat yang baru dibuka dikawasan ni yang dipanggil Floating Market. Sepertimana namanya, disini ibarat satu kolam besar dan atas kolam besar ini ada banyak perahu perahu yang menjual pelbagai kuih muih dan makanan traditional dan moden Bandung. Gembira melihat kesepakatan dan kekreatifan mereka menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Nampak arnab dan ikan gemok gemok disini. MasyaAllah, rezeki Allah itu dimana mana.



Dengan izin Allah SWT, juga bantuan supir kami yang arif , kami sempat singgah di TSI, TransStudio Indonesia. This one is kind of entertainment spot. Hmmm..., disini hargailah nyawa anda dan janganlah membahayakan nyawa sesuka hati kerana sesungguhnya even jasadmu bukan milikmu tetapi milik Allah Azza Wa Jalla. 




OK this one is the best of the best tips belanjawan in Indonesia, *Beringat jangan ingat semua benda murah :)

Pengakhiran cerita ini, kami dengan berat hati meninggalkan kakak kakak sweet pelajar Malaysia di Bandung. Semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan hidup akak akak. Kami hanya makhluk kecil yang mahu bergerak dengan betul dan sesungguhnya kehadiran akak akak ada maksud tertentu dalam mengajar kami lebih tentang erti kehidupan.

XTRAS: 
Wahai saudara muslimku di Indonesia, Ku nampak betapa kamu memerah tulang menjalani hidup disini,
Ku nampak betapa ada yang berada dalam situasi kamu yang paling terdesak,
Ku nampak yang mencari, Ku nampak yang sedang mendaki sepertiku,
Ada juga ku nampak yang sudah berlari dalam ad-Deen kita, betapa aku bangga dan cemburu.
Ku nampak kamu semua kuat disana,
Tapi ku juga nampak betapa hidup dan dunia mula menguasai kamu dan kami,
Betapa cabaran untuk kita mengekalkan Deen imanmu mula nampak sangat hebat.

Dari situ ku tahu mengapa yang kuat diantara kamu ternyata sangat kuat dan sangat hebat,
Tapi yang lemah diantara kamu mula sesat dan hanyut.
Saudaraku di Indonesia, sesungguhnya inilah dugaan duniawimu,
betapa ku nampak Allah sangat sayang padamu,
Carilah Dia, carilah dan berlarilah kearahNya.
Jangan kamu berhenti walau tidak ada yang sanggup membebani bahunya dengan kejahilanmu,
Sesungguhnya mereka yang sepertiku masih menanggung dosa dosa kita,
Betapa aku ingin melaung memberitahu, tetapi betapa Allah inginkan perkataan itu dilontar pada waktu yang ditetapNya.

Betapa aku sayang kehebatanmu ya saudara saudaraku.
Jangan berhenti mencari, dan Jangan mengalah dengan duniawimu.
Sesungguhnya kamu hebat, jahilmu punya kehebatanmu.
Letaklah kehebatanmu sebagai panduan arah kamu untuk terus mencari dan berlari, kalaupun kamu tersandung, ketahuilah, kami ada. Kami ada disini ya saudara saudaraku. Allah yang Maha Kuasa juga sentiasa bersama kita. Yukk, bangunlah kita bersama sama, bukan kearah kemodenan, tapi kearah Islam.


agamaku negaraku.....T.T,

July 10, 2013

Finding a Home

Indonesia
Bandung, and a small part of Jakarta
[1 - 5 July 2013]

Tanah Indonesia adalah salah satu negara Islam yang diri ini tak sabar-sabar untuk bersinggah. Salah satu kebanggaan untuk melawat negara jiran yang dimegahkan dengan items Muslims Muslimahnya. Buku bukunya yang murah, penulis penulisnya yang kreatif dan berfikiran mendalam serta budayanya yang lebih kurang sama dengan Malaysia. Expectation yang diletakkan untuk kunjungan kali ini sangatlah tinggi. Mengharapkan ibrah penguat sebelum kembali ke medan perjuangan tanah air sendiri.

Walaupun diri ini agak terkilan kerana tersasar jauh dari perancangan asal, tapi siapa berani melawan perancanganNya, yang Maha Esa. Sesungguhnya apa yang dirancangNya adalah yang terbaik dan semestinya jauh lebih baik daripada kita.

Perancangan asal adalah Jaulah Ibrah besar besar bersama lebih 10 orang sahabat ke Jakarta bersua dengan saudari seperjuangan disana, disamping ingin menyelak jejak jejak kisah Sang Murabbi dan mengikat hati dengan buku buku Tarbiyah (pendidikan) dari Indonesia kerana ibrahnya yang mendalam adalah sesuatu yang diri ini sangat perlukan dalam mendaki my interesting life as a better Muslim. 
But what Allah prefer me to do?

He, The Almighty... He gave me a journey of three sahabat, to Bandung menjejak tempat tempat yang menjadi kunjungan dan kaya dengan ibrah alamnya yang subhanallah takkan diri ini jumpa di Malaysia. Tinggal bersama beberapa ukhti ukhti sweet yang deserve every praise for the warm welcomd and home-made services that we will never get in any other place.

He the Almighty gave me a lesson of IF there is no one who want o take responsibility of the ummah, the ummah will lost faith in religion. And eventually getting far far and far away from us, Islam and the important faith , from Allah. Dan kita tak boleh salahkan orang bukan Islam yang tak nampak Islam pada negara Islam, kerana sesungguhnya ia salah kita. Dan out of everything else, this is the unknown lesson that I need at this time around that will push me to my limit for my ummah. For them, for Allah.

In the journey of 1st July, we walk throughout the Pasar Baru, satu tempat yang penuh dengan items Islam, satu tempat yang sangat mengagumkan. Disini, along the way, I was thinking, mereka punya seribu kemudahan untuk mengikut, tapi kenapa out of that seribu kemudahan, they push everything aside. Sometimes, they take a part of it and mixed and produced something that melanggar terus hukum yang sepatutnya. Sedangkan mereka punya kemudahan yang lengkap untuk mengikut dan patuh. Tidak ada sesiapa yang akan menghalang mereka untuk patuh, tetapi mereka sendiri memilh untuk tidak.

Pasar Baru, naik angkut boleh(sejenis van yang dibuat taxi, naik ramai ramai dan van berlainan bergerak ke destinasi berlainan)  taxi boleh but ramai yang prefer walking dari tempat yang jauh kerana kesesakan Pasar Baru is out of imagination. Kalau boleh pergi pagi pagi. Kami disini dari waktu awal dibukanya pasar ini hingga waktu ia tutup kedai. Sangat menggerunkan cobaan disini. Ada banyak jubah, kain cotton, souvenir Bandung, T-shirt T-shirt Bandung dan items items Muslimah yang sangat memuaskan hati dan harga boleh runding. So watch out, Bismillah sebelum melangkah. Semoga jangan membazir dan membeli hanya yang perlu. Suasana sangat sibuk sehinggakan kami tidak sempat menangkap gambar di Pasar Baru. *ehem

But malamnya, Kakak Hani, pelajar Malaysia di Indonesia, tuan rumah tempat kami menumpang kasih sayang, dengan hati yang luas mengajak kami berjalan jalan di Cihampales Walk (CiWalk). Sempat merasa menonton wayang atas sofa tidur premium bertiket kertas special berkilat keras. Satu panggung hanya lebih kurang 20 orang dan tiket hanya 50 000rupiah (RM 15.90). Dan sesungguhnya fikrah Islam itu dimana mana. Niatlah kerana Allah, dan Allah akan memberikanmu ibrah yang betul pada apa-apa keadaan. We watch World War Z, dan MasyaAllah, sesungguh filem ini sangat memberi gambaran hari kiamat yang mereka cuba nafikan. Walaupun kisah ini bukan kisah tentang kiamat, tp Dan sesungguhnya, percayalah, kalau cerita ini menakutkan anda, gandakan berganda ganda kegerunanmu dengan azab dan Hari Kiamat yang pasti, Al Khaliq (Maha Pencipta) Allah SWT.

The next day 2nd July, from Bandung we drove to Jakarta. Alhamdulillah disini ramai pemandu upahan yang boleh diupah dengan harga yang berpatutan dalam versi bermacam macam jenis kereta. pemandu disini dipanggil 'supir'. Tapi MasyaAllah, kami ambil masa lebih kurang 6 jam untuk sampai ke Jakarta. Kesesakan lalu lintas yang teruk. And who said Kelantan's the Hari Raya has the worst traffic jam? You should drive through the Bandung-Jakarta route.

Kami tiba di Grand Indonesia Shopping Town and terus merangkak ke tempat makan untuk makan tengah hari. Bersama kami sahabat Kakak Hani, Kakak Fi dan adiknya. Target kakak kakak hari ini is the Magnum Cafe. Restoran yang penuh dengan hidangan aiskrim. And of course a heaven for me, an ice creamm lover. Sebelum ke Magnum Cafe sempat berhenti makan tengah hari di restoran seakan kereta api bawah tanah (subway). Awesome. *senyum lebar. Ada juga planning ke Tanah Abang, tapi dikatakan Tanah Abang sangat sesak dan lebih sesak daripada Pasar, thats mean, kalau Pasar Baru is out of imagination kesesakannya, Tanah Abang, no words to describe it. Jadilah kami melihat Tanah Abang dari jauh, dari tingkap bangunan Grand Indonesia sahaja. *Ekekeke...


Here is the story of the Magnum Cafe

Rekaan dalamannya sangat mengagumkan, but to enter you have to beratur kalau bukan peak hour, InsyaAllah tak lama, its gonna be about 15 to 30 minutes.





Last in Jakarta, Masjid Istiqlal. Dulu, hanya dengan cerita daripada akhawat lain mengenai betapa penduduk Indonesia cuba mencari pendamaian dan kesamaan antara semua agama, termasuk agama Islam dan Kristian. Hari ini kami menyaksikan bukti yang jelas lagi nyata. Gambar kiri adalah pemandangan dari dalam masjid Istiqlal dan boleh nampak menara berkembar sebuah gereja yang berhadapan dengannya. Dan MasyaAllah. Fahaman kita terhadap ad-Deen itu masih belum cukup dan belum sekukuh para sahabat dulu sehingga kemegahan rumah Allah ibarat tak terasa oleh mereka yang bukan beragama Islam. A long way to go, still a long way to go.

Menara Monas yang menjadi salah satu target kami juga boleh dilihat dari dalam masjid ini, tapi disebabkan kesuntukkan waktu, kami memilih untuk melihatnya dari jauh sahaja. *Ahaks

July 8, 2013

Sekelompok perasaan Worth It

"Betapa perasaan seorang ibu bila dengar anaknya nak pulang." 
-Mok, dirumah kawannya

Ahaks, 6th July 2013, 8.23pm, yup, after that whole two semesters, here I am, standing in the Sultan Ismail Petra Airport, Pengkalan Chepa, Kelantan with more than 40kg luggage, heavier than their owner, holding two small remote-control helicopter boxes, smiling with tired eyes and a drop of tear hiding in the small 'sepet' eyes looking at that three person who calling my name from a spot 2 meters away from where Im standing. I walk, and faster my pace, faster and faster. Kissed their hand and their cheek with a holding tears face and heart. "Im home..."

Except for I was being famous for a moment among the fly to Kelantan airplane passengers (thanks to the helicopter boxes), the journey was ok.



A bouquet of Ferrero Rocher flowers (which I had to search to spell the chocolates' name) welcomed me. An awkward but warm atmosphere surrounded me. It was like, it had been too long till they can hardly recognised me. Owww... But as the time drives, its getting more and more comfortable as I talk and talk and talk, like I never talk before and I tell, I tell, I tell..., like I never told people stories before. It was that feeling, that too excited feeling when I want to show them, my family, me. And telling them, whatever problems of the family that I'd being told in the telephone before, Im ready to faced it now although it still like blurry images in my mind and it still like a scary 'examinations' awaiting.

Well, they showed me a lot of unexpected things too... My soft pink house was painted green, my peach coloured bed sheet was changed green, my in-room furnitures lesser than before and my house was in a very pathetic environment. Y? Cause except from my room, everything else was like just being hit by a tsunami. But, its not weird at all as my mother was preparing stuff for my sister's wedding this 17th August.

Its been a very cold two semesters. A lot of things happened that I struggled to get through. Some of the events cant be tell to anyone because its just meaningful to me in its own way. But some of them, worth telling...

"Welcome home for 3 months semester break SITI NURFATIHAH MOHD NASIR. Make the time worth jannah... May Allah ease the way... May the Ramadhan flushes away your sins." 
Sincerely, The Cropped Journal

June 21, 2013

Mereka cantik, sangat cantik

Diri ini sentiasa mengagumi makhluk Allah yang bergelar wanita, setiap daripada mereka sangat cantik, sangat cantik, sekali lagi, sangat cantik. Aku mengagumi dalam diam, walaupun aku nampak ketidaksempurnaan yang Allah hadiahkan kepada diri ini juga ada pada mereka tapi still, disaat terpadang wajah mereka, merasa mereka sangat cantik, Sangat cantik...

Mengagumi kerana kutahu, Allah itu cantik dan sukakan kecantikkan.
Mengagumi kerana kutahu, Allah itu kemas dan sukakan kekemasan.
Mengagumi kerana kutahu, Allah cipta mereka bukan main-main. Mereka dicipta dengan penuh ketelitian, dan betapa ku jatuh hati pada kesempurnaanMu ya Rabbi, ketelitianMu ya Rabbi.

Sedangkan Nabi Muhammad juga suka melihat lopak air dan berdoa semoga Allah cantikkan akhlaknya secantik kurniaan wajah yang diberiNya. Inikan pula manusia biasa seperti aku.

#Eheks, suka berbicara tanpa mamandang wajah mereka, kerana bimbang kekaguman ini membuatkan hati dilontar kedalam terpesonaan. Tenggelam dalam perbicaraan, terberenang dalam keindahan kuasa Ilahi :')

Rindunya pada kamu ya Nabi, rindunya pada Engkau ya Rabbi.

June 19, 2013

Heretan

"Izinkan aku, izinkanlah aku memegang tangan lembutmu memimpin melangkah bersama ke kediaman kita disyurga kelak. Izinkanlah aku memegang, bukan kerana diriku mahu kebahagiaan, tapi kerana aku takut kamu yang aku sayang mengheretku ke arah yang bertentangan."

Ya Allahu Rabbi A'lamin...
Pernah mendengar sebuah kisah, tentang seorang sahabat yang sudah berada di dalam syurga meminta untuk melihat keadaan seorang sahabatnya yang disayang, terbeliak mata mulut menghina, didakap syukur sambil berkata, "o yang durhaka, engkau hampir hampir mengheretku ke neraka."

Demi Allah, wahai saudaraku yang ku sayang, disaat hatimu bertanya kenapa wajahku bertukar muram cuka, pahit dikala dipandang, menghiris hati dikala ditatap. Sesungguhnya itu adalah saat aku sedang melawan nafsuku yang sedang cuba mematah, mematah semangat untuk terus berpimpingan denganmu, disaat ia merekah akan tingkahmu yang cuba menolak dari gunung tajam, cuba mengheret ke neraka jahannam.

Aku bertanya sendiri, adakah diri cuba mencari syurga sendiri? Kenapa jalan yang sedang ku lalui seolah tiada mereka bersama? Adakah aku yang tersalah jalan atau mereka sedang meninggalkan aku berjalan seorang? Kemana mereka? Hati terus meragui, seayat janji yang mereka titipkan di bibir kurniaan Ilahi, akan beriringan berpegang tangan menuju syurga abadi.
Tapi,

merasa ringan bersengkang mata kerana peperiksaan menghampiri, tapi qiam sekali ibarat menunggu saksi mati yang hidup kembali,
merasa ringan untuk meragakan jasad pinjaman, kerana kepanasan bumi dalam menurut perintah ya Rabbi,
merasa ringan melakon teater yang bakal dilenyek gunung bergerak, sedang hati masih mencari,
merasa ringan dalam menjentik suruhan Ilahi, sedang kamu menzalimi anggota yang diberi.

Hatiku pernah memberontak, apabila 'zalim' yang telah diajari masih lagi menyelimuti. Tidak meletakkan sesuatu ditempatnya. barang dapur, barang saudara lain, kata-kata yang ibarat hanya omongan dua saat dan tidak lagi berfungsi untuk saat ketiga, undang-undang yang hanya dipandang bbertulis hitam di kertas putih, bukankah fitrah manusia itu untuk menuruti yang tidak bertentangan dengan arahan Rabbi? Jadi kenapa kamu masih meragui.

Ingin aku mempersembahkan kamu ya saudara kepada mereka yang masih belum faham ad-Deen, bahawa saudara-saudaraku adalah mereka yang betul betul hidup, betul betul hidup dengan cara yang sepatutnya untuk hidup. Supaya aku boleh menjemput kamu bersama sama berjalan bersama kami, hidup dengan cara menyebarkan dan menggeruni satu kuasa kasih yang agung abadi. Tapi jasadku melemah saat mereka juga mengingkari fitrah ini. Tiada bukti yang dapat aku sediakan kepada kamu, kerana bukti bukti yang aku ingin genggam, sudah hancur lebur sebelum dipegang.

Andai suatu hari nanti saat kita diperintah melihat imbalan amal kita dan mengutarakan sebab mengapa kamu masih tidak mahu menuruti, semoga aku adalah antara saksi kebaikan jasadmu dan bukan batu beban yang akan kamu heret bersama ke neraka jahannam. Sungguh aku takut, sungguh aku takut. Tapi kenapa kamu masih berani, walau sudah berbagai bukti jelas yang diberi.

Dan kini aku ragu,
Ragu akan hati diri, adakah hati ini yang sesat daripada golongan kamu yang benar, atau kamu yang membiarkan aku berjalan menghadapi realiti ini sendiri saat kamu cuba mengelak dari kebenaran.
Jawablah ya ukhti ya akhi, kerana sungguh aku merasa lemah sendiri. Apakah nilai Ilahi pada diri, kerana kelihatan dunia sedang mengikat jasad hati mati. Sesungguhnya, yang daie bukan hanya aku, tetapi kita. Yang tidak sempurna bukan hanya kamu, tetapi kita. Jawablah aku ya ukhti ya akhi, dimana kamu masih bersembunyi?

May 20, 2013

Menambah saksi Dakwah, Shenyang, Harbin


13 - 17 Mei 2013
ShenYang, LiaoNing, China
HarBin, HeiLongJiang, China

Day 1
Cita cita kami nak ke Harbin, China yang dirancang pada semester lepas kali ini terlaksana. Yang berbeza bukan kami master planner, tetapi pihak U disini yang anjurkan khas buat pelajar-pelajar Malaysia yang belajar disini. Pergi dalam 3 kali angkut, first angkut adalah Batch paling junior iaitu Batch 5. Diorang balik, kami budak budak batch 4 pula diangkut bersama Batch 2 (yang paling senior sekarang). Manakala angkutan ketiga pula baru bertolak pagi tadi iaitu pelajar Batch 3. Sebelum bertolak, meminta kepadaNya agar diberi ibrah yang bersesuaian dengan kefahaman agamaku sekarang. Biar keyakinan ini semakin teguh, iman ini semakin kuat. Bukan dan tak mahu balik letih tengok gambar and zero. *erk?!


Well, first day, dari Beijing naik kereta api China, CRH 5jam perjalanan untuk tiba di ShenYang, LiaoNing, China (沈阳, 辽宁, 中国). Fuhh, satu perjalanan yang membengkakkan mata akibat daripada tiduran yang over and over again dan tangisan yang menyentap nyentap. Perjalanan baru je bermula, Allah dah bagi ape yang diri ni nak sangat kan, Allah sentap aku dengan pemandangan wajah wajah saudara saudara seagama yang sudah syahid. Pedih mata menangis, melihat tanah gersang, tanah kosong negara China sepanjang perjalanan dalam kereta api. Ada juga kawasan perumahan miskin yang sangat uzur. MasyaAllah, jauh fikiran ini melayang sehingga lupa nak snap gambar buat tatapan ingatan. Ditambah pula sedikit perkongsian daripada seorang sahabat tentang saudara kami di Turkey. 

Dimaklumkan betapa mereka mengagumi kami rakyat Islam Malaysia yang tak seberapa nih. Digambarkan kami sebagai Islam yang maju, punya produk Islam sendiri, brand kereta buatan sendiri, sehinggakan kereta jenama 'Proton' yang diimport ke negara mereka mendapat sambutan tinggi hanya kerana satu sebab, satu sebab yang ibarat sudah lengkap untuk membuatkan mereka tidak ragu akan keupayaan Proton dan terus membeli kereta Proton, dek hanya kerana Proton adalah jenama yang diasaskan oleh orang Islam. Tapi kita diMalaysia? brand apa yang paling dianggap megah? Brand apa yang anak muda sekarang berlumba lumba untuk beli. Sangat memedihkan mata. Sangat memedihkan... 

Sepertimana yang umum sedia maklum, negra China sekarang sedang dalam proses menangani sejenis virus yang dipanggil H7N9 (Erk, ke H9N7?) yang merebak melalui burung. Jadi pihak sekolah telah mewajibkan setiap restoran yang diberi mandat untuk menjamu kami makan pagi, tengahhari dan malam supaya tidak menghidangkan lauk yang berasaskan daging ayam. Memandangkan diri ada alahan yang serius terhadap daging kambing, sepanjang 5 hari perjalanan ini, terpaksa menyusahkan teman makan semeja untuk mengenal pasti jenis daging yang ada dalam setiap lauk adakah daging kambing atau daging lembu. Setiap kali makan juga begitu sehinggakan mereka sudah fed-up untuk menjawab soalanku. Ini sesungguhnya bukanlah kesengajaan. Sesungguhnya pertanyaan pertanyaan ini diajukan kerana diri sangat memerlukan. Mohon maaf atas kecerewetan badan yang diberi. Hal ini juga membuatkan selera makan menyusut sepanjang perjalanan. *Maaf lauk kerana membazir, maaf o saudara saudaraku yang sedang kelaparan. Berasa sangat bersalah. T.T

Hari pertama diakhiri dengan muzium muzium dan sejarah sejarah ShenYang, China yang sangat menepukan kotak simpanan dalam otak. Tapi perjalanan kali ini dirancang supaya setiap malam kami dapat pulang dan berehat seawal mungkin di hotel hotel yang telah disediakan dan alhamdulillah, Allah memberi kesihatan yang baik untuk tidak memenatkan.

Day 2
Hari ni adalah hari tempat tempat pemandangan yang sangat cantik. Dari ShenYang kami ambil masa 2 jam perjalanan menaiki bas ke BenXi (本溪), terletak di selatan-tenggara ShenYang, disini terdapat satu lokasi pelancongan yang merupakan gua batu kapur terpanjang di dunia iaitu, BenXi ShuiDong (本溪水洞)ataupun Terowong Air BenXi. Tidaklah akan kagum diri ini selain apabila melihat kreatifnya mereka menghias gua ini dengan lampu yang berwarna warni disamping menjaga kebersihan bekalan air yang mengairi sepanjang panjang jalan terowong ini. Bersih, sejuk, jernih, lengkap mengikut apa yang selalu dibayangkan oleh keinginan nafsu manusia sebagai air yang terbaik.





Di lokasi Terowong Air BenXi ini juga terdapat ramai peniaga peniaga yang menjual buah buahan tempatan.



Hari ini bandar ShenYang mendung, ibarat awan yang cuba bermanja dengan matahari. Memeluk tapi masih membiarkan keberaniannya terlihat oleh penghuni bumi. Hari yang sangat indah pada akhir musim bunga , China.


Day 3
Hari ini Hari ketibaan kami di Harbin, HeiLongJiang, China.
sekali lagi menaiki kereta api China selama lebih kurang 2 jam setengah dari bandar ShenYang ke Harbin. Kali ini emosi yang cuba dikawal didalam kereta api membuahkan hasil. Tapi masih, saat bibir mula ketawa mata mula terlempar jauh ke Syria, Palestin, Burma dan Bangladesh. Entah mengapa sejak terlihat banyak video kekejaman yang dilakukan keatas mereka, hati mula mengambil alih setiap emosi ceria yang cuba ditanam. Anak pokok senyuman ibarat dipijak kaki orang. *sigh.



Hari ini hari yang sangat menakjubkan. Berkenalan dengan hamba Allah yang dikenali sebagai penghuni lautanNya. juga beberapa jenis saudara yang dipanggil haiwan ganas tetapi memiliki personaliti yang sangat sangat Cantik. MasyaAllah... Wahai serigala berbulu putih, wahai beruang kutub berbulu putih, ini kali pertama kita bertentang mata, sesungguhnya aku jatuh hati pada ciptaanNya ini. Saat aku melihat betapa hebatnya kamu dicipta, bibir tak berhenti henti mengeluarkan kalimah AllahuAkbar. Gerunnya diri ini melihat kamu wahai saudara berbulu putih lembutku, kegerunanku kepada penciptamu melampaui batas pemikiran ini.


Bertambah terpikat saat melihat kepintaranmu dalam mengagumi kepercayaanku yang makin menebal atas statement kita makhlukNya hambaNya dicipta dengan satu fitrah untuk mengikut perintah yang baik dan tidak ada perintah yang lebih baik daripada suruhanNya. Kamu wahai saudara anjing lautku, dilatih dan tidak satu saat pun kamu mengingkari perintah Tuanmu. Terima kasih atas pembelajaran hari ini. Sesungguhnya diri ini masih kagum saat Allah menunjukkan bukti ilmu yang dipelajari secara teori daripada buku di alam nyata.



Kali kedua pencarian sahabat berbangsa China dilakukan di Harbin ini. Dipertemukan dengan seorang insan yang sangat  comel. MasyaAllah saat mata terikat dengannya, kekaguman yang sebelum ini disambung sambung tidak terputus putus. Ibarat cara mengubah diri kepada mukmin yang lebih baik, perkenalan 1 jam kita bermula dengan tidak biasa, berasa janggal, tetapi saat kita saling belajar mengenali, kita ketawa, senyum hanya untuk menjaga satu sama lain. Ya Rabbku, semoga perjalanan taarufku terhadapMu, takkan pernah tersekat hingga nyawa dicabut malaikat.


Day 4

Ramai yang mengatakan hari ini adalah hari yang paling membosankan. Hari melawat DaQing 大庆 OilField. Tapi sepanjang panjang perjalanan 3 jam ke DaQing daripada bandar HarBin, aku sangat selesa melihat pembangunan China. Mereka hamba Allah yang sangat mudah menyesuaikan diri dengan apa apa keadaan, hari ini selama 3 jam, sepanjang perjalanan diri ini menjadi saksi akan kegigihan mereka dalam mencari tujuan hidup dan dalam membina kehidupan yang lebih baik. Mereka asalnya saudara seagamaku, kini sedang sesat dan membuktikan bahawa tugas diri ini dan para sahabat lain masih berat, masih jauh, masih besar.
Diceritakan oleh seorang senior yang mengagumkan, bahawa sumber minyak China adalah daripada jenis sedut, habis. Berlainan daripada Malaysia yang walaupun disedut, sumber itu tetap mengeluarkan minyak. Tapi still, mereka mencari dan mengusahakan sedaya mampu. Sangat mengagumkan.


Selesai 1 jam mentelaah Muzium Minyak DaQing dan berkenalan dengan Lelaki Besi 铁人, kami ambil masa perjalanan 3 jam lagi untuk pulang semula ke HarBin. Malam ini malam terakhir perjalanan kami. Teringan benar melawat masjid Harbin yang berdekatan dengan tempat hotel kami. Tetapi malangnya, Allah mentakdirkan kami tidak sempat berjemaah bersama rakyat Islam Harbin, tetapi suasana kawasan masjid sangat membuktikan bahawa, mereka disini masih tidak mengenali saudara Islam kami disini dengan baik. Sedia maklum, sesungguhnya saudara kami di China adalah yang lebih kuat daripada kami, tapi masih, mereka ditindas.


Berdasarkan pemerhatian yang dibuat didalam masjid, sudah cukup mengairi sungai mata dalam menyedarkan diri bahawa saudaraku disini juga sedang mengejar cintaNya. Dan masjid ini walaupun saat kami tiba sudah mahu ditutup tetapi segenap sudut masjid membuktikan masjid ini di'meriah'kan saudara saudaraku disini dengan cara mereka yang tersendiri.

Day 5


Jadual kami pada hari terakhir perjalanan ni adalah melawat TaiYangDao 太阳岛, ataupun Pulau Matahari ( Sun Island ). Ada yang kaitkan sejarah nama pulau ini dengan pasang surut air di pulau ini. Tetapi sesungguhnya ia terjaga dengan baik. Dan sebab utama kami disini adalah untuk melawat Bing Deng Xue Diao YiShu Guan 冰灯雪雕艺术馆 (Muzium seni arca ais salji). Tak dapat tengok yang besar besaran pada musim sejuk, dapat tengok yang dalam bangunan pun jadilah.


Seterusnya adalah pemandangan sekitar Pulau Matahari.




15 Minit Di Church Hagia Sophia HarBin.


Harbin terkenal dengan bangunan bangunan tinggalan Rusia. Kebanyakkan rakyat China yang tinggal di HarBin juga ada salasilah orang Rusia. Ada juga sejarah tentang Orang Rusia yang lari ke Harbin dan menetap disini atas sebab beberapa masalah negara. Pelbagai versi sejarah boleh ditemukan. Tak peliklah kenapa bangunan bangunan di HarBin sangat menyerupai senibina bangunan bangunan di Rusia yang sebenar. Dan gambar diatas adalah Church Hagia Sophia 圣索菲亚。Sejarah tentang church ini kurang jelas, cuma dijelaskan adalah tabiat orang Rusia yang apabila tiba disesuatu tempat, perkara pertama yang akan dilakukan adalah membina church. Tetapi church Hagia Sophia ini tidak lagi digunakan sebagai tempat sembahyang orang beragama Kristian. Tetapi sebaliknya djadikan muzium. Kami tidak berkesempatan untuk meninjau bahagian dalam church ini. Tetapi entah kenapa hati kecil muslim kami asyik mendetikkan bahawa bangunan ini asalnya adalah milik orang Islam, sebagaimana Hagia Sophia di Istanbul, Turkey, yang dibina Kristian, diberi hak milik kepada orang Islam tetapi kini dikikis kalimah kalimah Allah dan dijadikan muzium.

Ada yang mengatakan salib yang dipacak diatas bangunan ini seolah olah warna emasnya tidak masuk dengan warna emas asal bangunan. Seolah olah ianya ditambah. Walau bagaimanapun kisah sebenar Hagia Sophia di Harbin ini hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kami disini untuk belajar ilmu Allah. Dan hanya Allah yang tahu betapa setiap daripada kami ingin tahu.


Tempat terakhir kami dalam perjalanan kali ini adalah ZhongYangDaJie 中央大街 (Centre Street ). Kami disini atas tujuan membeli cenderamata perjalanan. Dikatakan coklat 'made in Rusia' disini tidak menggemukkan dan sangat istimewa jika dijadikan cenderamata juga sangat seronok dimakan. 

Dijelaskan setiap pengunjung yang datang kesini dapat merasa suasana seolah berjalan di jalan jalan Rusia. Dijelaskan juga bahawa MaDingr BingQiLin (Ais Krim Modern) sangat popular disini dan adalah sesuatu yang mesti dirasa sebelum berangkat pulang. Ya Alhamdulillah Allah memberi peluang kami menyelam sambil minum air, disini kami menjadi perhatian, ramai yang menegur kami bertanyakan personaliti kami, kenapa bertudung, asalnya mana, dan yang paling menyenangkan hati, kami secara langsung memperkenalkan Islam kepada penduduk HarBin. Ramai juga yang menghentikan kami untuk menangkap gambar bersama. Ya Allah, ini untuk agamaMu, jauhkanlah kami daripada riak. 

Pemandangan tempat letak kereta di Airport Harbin

#Kredit Kepada : Pemegang-pemegang Pelbagai Jenis Kamera pintar
"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie