Curhat, nama manja untuk sesi luahan hati yang sangat sweet apabila dibicarakan. Salah seorang pebimbing diri ini memaklumkan bahawasanya bagi seorang makhluk Allah yang bergelar manusia wanita itu perlu meluahkan. Pentingnya iya sehingga ia tergolong didalam sesi didikan tarbiyah yang dilabel sebagai Sangat Perlu. Tapi kekadang hati ini belum dan tidak sampai hati untuk mengongsi beban hati. Lebih rela biar senyuman sendiri yang menyubat. Mungkin diri ini akan gila tapi Allah sentiasa ada. Walaupun disaat gila itu datang, Allah sentiasa melihat dan menjaga.
Mungkin perlu belajar bagaimana untuk memberitahu. Tapi tak semua yang diberitahu ingin didengar yang lain. Tak semua. Mungkin akan ada yang terasa dengan luahan hati ini. Tidak, hati yang berat dengan dosa ini masih tidak mampu untuk dipanah kerdipan wajah yang tersedak dengan ayat-ayat luahan itu sendiri wajah 'terasa' yang dipamerkan mereka, amat memilukan hati yang dibalut ketidaksengajaan. Ya Akhawat, hari ini hati ada sedikit terluka selama 3 minit. Tapi sudah bersinar dijahit senyuman. Pengajaran buat diri ini sendiri, akan tidak lagi aku menaruh dan berharap kerana harapan hanya membuahkan kekecewaan yang terlampau. Mungkin yang perlu aku cari hanyalah keredhaanNya, bukan mengharapkanNya menjadikan sesuatu yang baik itu keajaiban melampau bagi memenuhi nafsu fantasiku.
"Andai itulah nilai diriku padamu sahabat, sesungguhnya diri ini sedang kecewa, tapi aku tahu kamu sedang memanjat tangga kejayaan dalam liku-likumu sendiri. Semoga takdir Allah itu untuk kemudian hari nanti adalah yang terbaik untukmu dan untukku"
No comments:
Post a Comment