Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

August 18, 2012

Mulai Esok dah boleh Bawa gula-gula dalam HandBag

Pergh, title... Ahaks...
Baru mengembalikan keadaan diri kepada diriku yang normal daripada keadaan teresak-esak menakuti adakah ibadahku di Ramadhan lepas  (yang baru berlari pergi) mencukupi... Aku tahu aku boleh buat lebih baik, Ya Allah, Ya Allah, ketemukanlah aku dengan RamadhanMu pada tahun hadapan.

Apa khabar saudara-saudara kita yang sedang berjuang disana? Bagaimana keadaan Aidilfitri di tempat mereka. Kat sana, ada biskut raya? baju baru? kasut baru? Duit baru? Mercun dum dam dum dam? Bunga api lit lat lit lat? Sampul upin ipin pakai baju raya? *sigh, teguhkanlah mereka ya Allah... Aku tak mampu untuk menghayati dugaan duniaMu kepada mereka, tapi aku berasa bangga dengan iman dan taqwa mereka, at least, insyaAllah mereka telah menempah tiket ke JannahMu. Diri ini, berasa malu sebentar... Malu kepada mereka. MasyaAllah.

Jom teruskan ibadah masa Ramadhan, ukhuwah yang terasas di Ramadhan berterusan ke bulan-bulan seterusnya~! Jangan lupa, InsyaAllah cuba puasa 6 di Syawal nih semua.

Disebalik raya sunyi merindui RamadhanNya untuk kembali, memohon perlindunganNya daripada syaitan-syaitan yang berHorrayy kerana baru dilepaskan,

Kedengaran Takbir yang berkumandang di TV tadi~
Taqabbala Allahu Minna Wa Minkum semua,
Semoga amalan-amalan kita diRamadhanNya diterima
Happy Eid, & maafkan salah silap, bahasa yang terkasar, semangat yang ter'over' dalam apa-apa ayat yang dibaca. Salam Aidilfitri!

: (\_(\        
: ( =’ :’ ) :*  May we meet again with the next Ramadhan...
: ( ,(”)(”) ) ¤°.¸¸.•´¯`»

(*letak gula-gula dalam handbag*) 


No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie