Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

October 3, 2020

Degupkanlah

Sakit, ya
bukan perkataan y terlampau jauh dari seorang aku.

Bagaimana mungkin 
Allah menciptakan kamu
membuatku setiap kali berasa 
seolah olah 
baru,
seolah olah kita
tidak pernah bersua.

Engkau sentiasa membawa entiti asing
menampal pada jasad seorang aku,
menguat dan membentuk. 

Bagaimana mungkin
Aku menjadi aku, 
Tanpa kamu, Sakit... 

Ujian kali ini terasa sangat lama,
sangat lama. 
Kini y menjadi cerita, 
aku tidak berhenti berusaha
tidak berhenti bertanya kenapa
tidak berhenti mengenggam sejadah
lalu membasahinya. 
Lalu apabila terjawab, Allah menariknya 
jadi aku makin kagum 
lebih kagum daripada sebelumnya
bagaimana ada y mengharunginya berkali kali, tapi masih tersenyum pada hidup.

Wajahku berubah
Hanya y ikhlas masih tetap memandangku sama, 
masih tetap membuatku merasa hangat,
masih tetap menerimaku begini, 
masih tetap di sampingku selesa. 
Tempoh itu membezakan mereka. 
Kini, aku juga lebih jelas. Terima kasih.

Lembut ya wahai hati
Terangi bilik2 ingatan
Bukakan cemas2 y menutup
Degupkanlah dengan tenang
Biar aku 
sentiasa percaya 
walau pada 
keadaan2 sakit
hari2 teruk
masa2 cemas
saat2 futur. 

Untuk sentiasa tanpa henti 
dalam detik masa satu kelip atau detik 
yang lebih pantas daripada itu.

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie