kubuka laci masa aku yang berparut
ada banjir yang tidak pernah surut
ada kata yang tidak pernah menurut
kata hati yang sentiasa terikut.
dalam masa aku yang telah berparut
ada mereka yang sentiasa memukul rasa
ada juga mereka yang sentiasa mendodoi kata
juga ukiran mereka yang tidak dapat aku lupa
pada masa aku yang telah berparut
ada mimpi yang kejauhannya tua
penuh tali labah-labah bersangkut
padanya ku ucap salam meminta masa
mohon tunggu lagi jika bisa
mereka tanya apa yang berparut
ringkas rasa hati aku sebut
rasa pendam yang dulu buatku terperuk
ku anggap tinggal di almariku yang berhabuk
tidak kubawa bersama kerana aku takut
takut akan engkau engkau engkau
yang punya fikiran tidak terjangkau
yang tidak takut pada fitnah mengimbau
ibarat meminta air ketika kemarau
berduyung ludah tanpa hirau
masa kita semua telah berparut
bukan untuk kira kerapnya sungkur
tapi untuk cerita tanpa kedekut
mengerti belahan hiris dengan rasa syukur
Beritahu mereka aku insan yang berparut
Insan biasa bukan tabi'ut.
ada banjir yang tidak pernah surut
ada kata yang tidak pernah menurut
kata hati yang sentiasa terikut.
dalam masa aku yang telah berparut
ada mereka yang sentiasa memukul rasa
ada juga mereka yang sentiasa mendodoi kata
juga ukiran mereka yang tidak dapat aku lupa
pada masa aku yang telah berparut
ada mimpi yang kejauhannya tua
penuh tali labah-labah bersangkut
padanya ku ucap salam meminta masa
mohon tunggu lagi jika bisa
mereka tanya apa yang berparut
ringkas rasa hati aku sebut
rasa pendam yang dulu buatku terperuk
ku anggap tinggal di almariku yang berhabuk
tidak kubawa bersama kerana aku takut
takut akan engkau engkau engkau
yang punya fikiran tidak terjangkau
yang tidak takut pada fitnah mengimbau
ibarat meminta air ketika kemarau
berduyung ludah tanpa hirau
masa kita semua telah berparut
bukan untuk kira kerapnya sungkur
tapi untuk cerita tanpa kedekut
mengerti belahan hiris dengan rasa syukur
Beritahu mereka aku insan yang berparut
Insan biasa bukan tabi'ut.
No comments:
Post a Comment