Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

July 3, 2016

RI FALAH

terima kasih kerana bersama membina kembali Falah
terima kasih kerana setia disini menerima setiap butir kelemahan dan kekurangannya
terima kasih keatas masa, senyuman dan tawa yang antunna hadiahkan sepanjang pembinaan Rumah Islam kita.
suatu masa dulu ia menjadi mimpi murabbi2 kita,
nama Falah juga dipilih atas kejayaan merealitikan mimpi ini.
tapi mungkin kerana pelbagai sudut lemahnya akak,
Allah menhadiahkan pelbagai duri, membersihkan kembali niat kami,
dan ketahuilah bahawa akak jatuh berkali-kali.
pada hari ini ia menjadi realiti kita.
setiap sudut Falah adalah memori tarbiyyah kami
akak masih ingat
wajah kak Syafiqah tertidur di yoga mat bersama helaian helaian kertas putih dan laptopnya
wajah kak Najah pulang dari meeting lalu tertidur di sofa
wajah kak Hazirah di pintu Falah setelah merentas perjalanan dua jam dari universitinya
raut Ella yang bercurhat hingga berjam-jam
wajah kak Syu terbaring bedrest di katil besar
suara tangisan anaknya kak Syu, Aila,
wajah kak Yana gigih menyediakan potato untuk jualan weekend
bunyi Hyunah mengeringkan rambut setiap malam
bunyi oven Sara baking biskut coklat buat kawan cinanya
suara Mizuki video call di ruang tamu bersama keluarganya di Jepun
bunyi kak Aiesyah memasak di dapur
bunyi suara Wada menghafal ayat-ayat tugasan
bunyi Husna terlanggar rak selipar rumah
wajah Tia menyiapkan tugasan-tugasan report excel
wajah akhawat-akhawat akak yang berselerakkan di ruang tamu Falah dalam menunaikan hak-hak kudrat mereka setelah menabur titik-titik tarbiyyah di bumi Beijing
suatu masa
berandanya pernah seperti rumah hantu
ruang tamunya pernah sarat dengan barang-barang tinggalan senior-senior
ikan besar pernah melompat-lompat didalam sink dapur
rak kasutnya patah kerana lambakan kasut akhawat
tempat sidainya tiba-tiba runtuh pada tengah malam
lampu ruang tamu pernah terbakar kerana terkena tali skipping
lampu bilik air pernah terjatuh atas kak Fa
keatas setiap titik hitam yang menimpa Falah mungkin kerana kafarah dosa-dosa akak.
sedaya cuba mempertahankannya
membersihkan niat hanya keranaNya
dan hari ini,
atas setiap pengalaman yang dihadiahkan, inilah RI Falah.
I dont know how to look good in the pictures,
not an excellent cooker,
not even a role model kakak,
but above everything else,
terima kasih kerana menerima Falah dan kakfa seadanya.
selamat meneruskan perjuangan.

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie