Adakah kamu sedang bertanya aku tentang apa yang berlaku?
Lalu aku bertanya lagi Tuhan, adakah Engkau telah LCDkan kepada mereka apa yang berlaku?
Sungguh bukan aku yang Maha Mengetahui
Kamu tahu
Andai kata aku bisa mati dan hidup kembali,
aku mahu mati sebentar lalu bertanya Allah apakah sebenarnya yang sudah sedang dan akan berlaku, lalu hidup kembali untuk memberimu penerangan yang sahih, yang tidak berat sebelah, yang sebenarnya tentang apa yang berlaku,
Tapi aku
hanya manusia, yang tak mampu.
Kamu tahu,
saat itu, tidak pernah dalam mana-mana bucu kehidupanku,
aku merasa aku bergerak tanpa roh, hanya punya kemahuan yang menolakku dari belakang,terus..., kedepan
saat itu, setiap hari aku mahu meminta dengan Allah masa agar aku punya waktu bersamaNya dan bersama kamu,
saat itu, Allah datangkan kita ujian hampir setiap hari, yang hanya kita tahu apa perasaannya berada dalam keadaan itu,
saat itu, aku teringin menanya khabarmu setiap hari, tapi masa kita tiada yang bertemu, adakah kamu sepertiku?
saat itu, aku merasa kamu sedang mengangkatku dengan traktor, mengalihku jauh, aku cuba bertanya tapi kamu seolah tidak selesa, adakah kamu membenciku?
saat itu, aku cuba terlalu mencuba untuk memahami waktumu,lalu memikirkan pelbagai cara agar semuanya mudah buatmu,
saat itu, tiap hari, aku menitip doa agar kamu tabah, bertahan mempertahankan mimpi kita, sambil aku beritahu diriku sendiri, tiupan taufan kencang ini akan reda, aku cuma perlu bersabar, adakah kamu baik-baik sahaja?
saat itu, aku lemah, tubuhku setiap hari semakin melembik, lalu aku meraung sendiri, angkatku, papahku ssebentar, tolong...
tapi saat itu, aku lihat kamu juga melemah, maka aku cuba kuat, untuk kita.
tapi saat itu, kamu dan kita kelihatan payah.
Lalu pada hari itu aku menangis,
Kenapa
Setelah begitu lama kita bertahan
Sedikit sahaja lagi, Allah akan kurniakan kita ketenangan
memberi kita keselesaan
keindahan yang engkau dambakan.
bertahan sedikit sahaja lagi.
Aku tiada berklu
jawapanku tidak dijawab
mungkin kerana aku tidak punya kelayakkan untuk mendengar,
setelah sekian lama aku tidak punya masa.
tanpa jawapan, kini
kenapa soalannya ditanya kepadaku
Ketahuilah bahawa aku juga sepertimu tidak tahu
kini
aku setiap hari mencari titik salahnya
apa yang salah
apa yang salah
apa yang salah Tuhan...
Lalu aku menangis lagi,
Kerana merasa adakah aku yang cuba menjadi Tuhan kerana berharap akulah yang Maha Mengetahui yang mampu menyediakan jawapan bg setiap dari kamu,
Lalu aku menangis lagi
merasa adakah aku menzalimi
Lalu aku menangis lagi
merasa kenapa begini.
Lalu sebelum aku faham dan kembali bangun dari jatuh
mereka masih menyalahkan..., aku
Lalu aku bertanya lagi Tuhan, adakah Engkau telah LCDkan kepada mereka apa yang berlaku?
Adakah Engkau telah LCDkan kepada mereka, betapa aku telah mencuba?
Sungguh kerana aku tak mampu untuk cerita semua.
Kerana bukan kepadaku sepatutnya diletakkan semua soalan
Dan bukan kepada kamu letaknya penghakiman,
adakah siapa yang betul, atau adakah siapa yang salah.
Kerana yang terjadi kepada kami hanya satu fasa kematangan.
Dan bukan haknya pada kamu.
Sungguh aku tidak redha, kamu letakkan salah padanya, atau padaku.
Maka teruskanlah berada dirumahmu, ditempat kamu merasa selesa itu, kerana zon itu lebih tenang bukan. Dimana saat itu kamu tiada. Maka hentikanlah penghakiman kamu dari zon selesa itu terhadap kami. Kerana kata-kata kamu dari jauh itu bukan hanya tidak menampal, malah mencucuk kesan luka itu kembali
#adalah lebih berfaedah jika kamu mampu tolong kita untuk doa kepada Allah supaya menenangkan hati kita dari dunia, lalu mengheret kita kepadaNya.
No comments:
Post a Comment