Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

February 7, 2015

Lupa

Pelupa,
mungkin ade hikmah kenapa

Mungkin kerana dosa maksiat yang dahulu aku lakukan
Mungkin kerana ingatan yang terlampau sakit
atau Mungkin kerana memori yang terlalu berdarah

Aku pilih untuk lupa

Dan jangan marah kerana aku lupa
Kerana lupa yang Allah anugerahkan ini
yang memegang nyawa aku untuk terus hidup
hingga hari ini

yang membuat aku masih berbicara
yang membuat aku masih tersenyum
yang membuat aku masih memandang wajah kamu

Aku benci pada diri yang lupa banyak perkara
Tapi buat sesetengah kisah, atau mungkin kebanyakkan kisah
aku berterima kasih kerana Allah jadikan aku lupa

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie