Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

March 11, 2013

wHen iT is Working

Satu jangka waktu dimana rasa segumpal bola hitam sedang menambah minyak untuk menjadi makin besar, makin besar. Satu jangka waktu dimana proses pembuangan sisa hati itu tidak dilakukan. Satu jangka waktu dimana mulut mula malas, hati mula kejang, kerkkk~, Kerrkkk~
*satu jangka waktu apabila perasaan nak buat semua orang menyampah kerana cuba menduga yang tak dapat dilihat - hati
Itulah saat dimana diri mengelak untuk meluahkan. Saat hati bergolak melawan mainan syaitan dalam saraf otak. Saat dimana kepercayaan pada makhluk lain itu menipis. Aih, futur futur~

Sekecil perkataan 'tidak suka', berthousand panahan syaitan yang disumpit ke lubuk hati paling dalam. Disaat hati tengah berperang untuk sabar, senses lain mula tidak mahu berfungsi, hati sedang berperang besar. urk~ *SILENT MODE IS ACTIVATED.
Beginilah situasinya disaat hati ini mula merasa marah. Merasa sepatutnya sesuatu perkara yang sedang dimarahkan itu berlaku dengan cara lain. Ego dimana rasa fikiran sendiri sahaja yang betul.
*huhhh, mengeluh atas kelemahan diri mengawal nafsu marah ini.

Kadang kadang berlaku persoalan, apa gunalah nak bazir masa taip taip panjang panjang post. Ufff, mesti orang menyampah baca erk~ Tapi apabila mencuba untuk satu jangka waktu tidak menaip, diri mula lost, dan level iman dirasa makin down makin down. No~!

Akhirnya sedar, jari jemari menari diatas keyboard bukan sesuatu yang waste of time, waste of energy, tapi adalah kerana inilah salah satu usaha, usaha kecil dalam menjaga hati, supaya tenang, kerana hati ini nak ber'dating' dengan Allah dalam keadaan berbaju putih bersih bukan berbaju putih berbekas lumpur permanent, bekas lemparan si culprit virus virus hati.

Sebelum virus ini menular pada organ organ lain, lebih baiklah jika disimpan di blog ini. Sekadar renungan saat down lagi. Kerana iman ini flexible, kalau kita malas sekejap je nak mengekalkan prestasinya, nescaya berasap tengah jalanlah jawabnya nanti. ehem*

1- Nun, demi pena dan apa yang mereka tuliskan. 2-Dengan kurniaan Tuhanmu engkau bukanlah orang yang gila. 3- Dan sesungguhnya engkau pasti mendapat pahala yang besar yang tidak putus-putus.”
(Al-Qalam [68]:1-3)

"Hati, kalau engkau rasa nak berhenti, tanya balik empunya hati atas sebab ape kita bermula."
Jom kita berfungsi semula wahai organ organku, sesungguhnya masa dah dekat, kamu semua akan dipulangkan kepada Tuanmu semula, bersabarlah seketika denganku kerana sesungguhnya kamu hanyalah sesuatu yang ku pinjam.

Semoga usaha kecil ini Allah redha.

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie