Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

February 11, 2013

Rayuan yang Tidak dimahukan


"Teringat kembali,
akan satu movie Melayu yang pernah ku tontoni.

Tak,
tak banyak movie Melayu yang ku pernah tonton,
tapi barangkali,
Allah hendak ku pelajari sesuatu daripadanya,
dan atas izinNya jua,
ku berkongsi di sini.

Ku menangis teresak-esak,
melihatkan seorang ibu,
yang dihalau anaknya tika dia hadir ke walimah si anak.

Barangkali kerna,
si ibu miskin,
tiada harta mahupun nama,
manakala si anak pula berjaya dalam hidupnya,
apatah lagi berkahwin dengan isteri yang berada jua.

Makin meninggi-ninggi la hidung si anak gamaknya,

dihalau,
ditengking,
dicaci,

tanpa segan silu,
tanpa mengenal ibu.

Seolah-olah,
si ibu datangnya,
hendak mengemis simpati,
meragut segala kekayaan yang disangka miliknya.

Allahu Rabb.

Ku berdoa,
dan berdoa,
dan berdoa.

Janganlah ku tergolong,
dalam golongan yang derhaka pada ibubapanya.

Janganlah ku tergolong,
dalam golongan yang dilaknat Allah kelak.

Allahu Allah.

Hari ini pula,
ku ditemukanNya dengan satu ayatNya.

Yang membuat ku terdiam,
membisukan diriku buat setika lama.

Al-A'raf ayat ke lima puluh sembilan.

Si Penghuni Neraka,
menyeru kepada Penghuni Syurga,
merayu-rayu,
menagih-nagih pada mereka,

"Tuangkanlah (sedikit) air kepada kami atau rezeki apa saja yang telah dikaruniakan Allah kepadamu"

Dan si Penghuni Syurga menjawab,

"Sungguh, Allah telah mengharamkan keduanya bagi orang-orang kafir."

Tiadalah ku sanggup,
memikirkan,
apatah lagi membayangkan,

ibuku yang tercinta,
bapaku yang tercinta,
adik-adikku,
sepupu-sepupuku,
sahabat-sahabatku,
guru-guruku,

mengemis,
meraih simpati,

daripadaku kelak.

Dan ku hanya menjawab pada mereka,
bahwa ianya haram buat mereka,
orang-orang yang Allah mengharamkan sedemikian.

Dan tiadalah jua ku sanggup,
memikirkan,
mahupun membayangkan,

jika kiranya,
mereka yang tercinta,
berada di Jannah,

dan daku di Neraka,
memohon ihsan mereka,
menagih simpati mereka,

hanyalah untuk mendengar,
mereka-mereka berkata kepadaku,

"Sungguh, Allah telah mengharamkan keduanya bagi engkau, wahai orang kafir."

Allahu Rabb.

Masih banyak lagi kerja perlu dibuat,

Masih belum layak digelar sebesar zarah lagi usaha yang telah dikerah,

selagi mana belum bergelar ahli Syurga,
aku tetap ahli Dunia.

Dan di Dunia yang hina,
kan ku menapak,
menuju ke SyurgaNya yang indah,
bersama mereka yang ku cintai.

Ayuh, wahai ikhwah seagamaku,
wahai akhawat seTuhanku,

perjalanan kita belum berakhir,
di Syurga kelak,
tempat kita berehat,
dibawah RahmatNya, Tuhan Yang Maha Esa.

Oleh itu, wahai akhi ku cinta, wahai ukhti ku hormati,

Kerah segala kudrat yang berbaki,
menyeru diri dan keluarga,
sahabat dan saudara,
guru dan adik,

menjadi si Ahli Syurga,
dan bukanlah si Pengemis Neraka.

"(yaitu) orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia."

-Al-A'raf 7:51 -

Persoalannya,

tertipukah kamu?"

***

#muhasabahdiri
Sumber : Hamasah As-Syabab via Generasi Jutawan Iman & Taqwa

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie