Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

February 27, 2013

Sesungguhnya dhuha itu DhuhaMu


Dhuha - Solat untuk membuka pintu rezeki.

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat - 2 rakaat 1 salam.
2) Waktu paling afdal / sesuai untuk solat : Pagi - 20 minit selepas matahari terbit. Anggaran 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Sebelum zuhur).



"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali



Bacaan selepas solat Dhuha


Terjemahan bacaan doa selepas solat Dhuha dalam bacaan Rumi 

Allahumma innadh Dhuha~a Dhuha~uka,
 
Wal bahaa~a bahaa~uka
Wal jamaala jamaaluka
Wal quwwata quwwatuka
Wal qudrata qudratuka
Wal ishmata ishmatuka
Allahhuma inkaana rizqi fis samma-i fa anzilhu
Wa inkaana fil ardhi fa~akhrijhu
Wa inkaana mu'asaran fayassirhu
Wainkaana haraaman fathahhirhu
Wa inkaana Ba'idan fa qaribhu
Bihaqqiduhaa~ika wa bahaaika
Wa jamalika wa quwwatika waqudratika
Aatini maa ataita 'ibaadakash shalihin

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

And masyaAllah ini adalah copy paste dari salah satu blog kunjungan saya. Bukan hak milik persendirian, moga menjadi perkongsian yang bermanfaat.

February 24, 2013

maLu unTuk Rajin

"Ketahuilah bahawa Melayu itu flexible. Kita tak punya identiti kita sendiri. Banyak yang dicelup diambil dan diadaptasikan untuk dijadikan satu bangsa yang bernama Melayu. Dan kerana itu kita mudah menerima, mudah terbentuk sama ada untuk kebaikan atau untuk keburukan. Sejak sejak bersendiri tanpa kawan kawan dekat disini, banyak pula berita berita mengarut yang didengar berlaku di Malaysia, tanah kelahiran. Mula bercampur antara malu dan bangga, ya MasyaAllah mula memikirkan adakah semangat ini tengah gundah bercampur syubhah." *saje je menyelit di post nih, nak meluahkan segumpal sisa pembuangan perasaan

Tapi yang pasti, dan tersangat yakin, hati ini lega kerana tidak pulang. Tak boleh kata tidak, memang 100 percent Yes, what Allah had decides for us is Alllllwaaaayyyysssss the Besz~!

Belajar untuk melihat, belajar untuk memerhati, belajar untuk berpuas hati dengan kelembapan dan keperlahanan perlakuan diri, belajar untuk menghargai perasaan marah yang menyebabkan jantung berlari kencang lain daripada hari hari biasa.
Dan kerana kencangnya jantung disaat marah aku belajar erti tenang. Aku belajar erti senyap.

Dan sesungguhnya kerinduan akan kesunyian itu sangat mengajar. Ahaks*
Sesungguhnya bersendiri ini mengajar diri untuk istiqamah. Mengajar diri untuk tahu dan yakin bahawa Allah sentiasa ada.

Bila dengan kawan kawan, mudah sangat terleka bahawa Allah tengah tengok. Secara tak segan silu boleh ketawa sampat mata tertutup, gigi melompat. Tapi bila bersendiri, nak ketawa pun rasa malu dengan Allah. Ehehehe... *tengah tunjuk baik, tunjuk baik depan Allah.

Rajin, satu lagi perkataan yang dipelajari apabila bersendiri. tak tahu kenapa, rasa macam 24 jam itu tak cukup. Banyak je benda nak buat. *eheh~ Kenapa apabila bersama mereka, diri ini tak serajin ni? Semua benda clean, makan cukup 3 kali sehari. OK, ya Allah, Engkau tunjukkan kelemahan diri, masih EGO dan Illahku pada makanan. Dua perkara yang membezakan diri ini ketika bersama mereka dan ketika mereka disekeliling tiada. Entah kenapa...

Lets fight these two culprit. Lets fight this ego, this extra food. Let go for slow, steady but ready. Lets go for eat full and healthy but not much. Lets be the power one as if someone call us for jihad. We are ready~! *talking to my own body.

February 16, 2013

Rahsia Di Sebalik Wudhu

1.. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 

3.. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". 

4.. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". 

5.. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu". 

6.. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini". 

7.. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". 

8.. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat". 

And masyaAllah ini adalah copy paste dari salah satu blog kunjungan saya. Bukan hak milik persendirian, moga menjadi perkongsian yang bermanfaat.

February 12, 2013

Updating the journey

Hari Raya Cina Di Beijing



Lawatan ke Beijing Yuyan DaXue


Alahan Dikesan -.-"


February 11, 2013

Rayuan yang Tidak dimahukan


"Teringat kembali,
akan satu movie Melayu yang pernah ku tontoni.

Tak,
tak banyak movie Melayu yang ku pernah tonton,
tapi barangkali,
Allah hendak ku pelajari sesuatu daripadanya,
dan atas izinNya jua,
ku berkongsi di sini.

Ku menangis teresak-esak,
melihatkan seorang ibu,
yang dihalau anaknya tika dia hadir ke walimah si anak.

Barangkali kerna,
si ibu miskin,
tiada harta mahupun nama,
manakala si anak pula berjaya dalam hidupnya,
apatah lagi berkahwin dengan isteri yang berada jua.

Makin meninggi-ninggi la hidung si anak gamaknya,

dihalau,
ditengking,
dicaci,

tanpa segan silu,
tanpa mengenal ibu.

Seolah-olah,
si ibu datangnya,
hendak mengemis simpati,
meragut segala kekayaan yang disangka miliknya.

Allahu Rabb.

Ku berdoa,
dan berdoa,
dan berdoa.

Janganlah ku tergolong,
dalam golongan yang derhaka pada ibubapanya.

Janganlah ku tergolong,
dalam golongan yang dilaknat Allah kelak.

Allahu Allah.

Hari ini pula,
ku ditemukanNya dengan satu ayatNya.

Yang membuat ku terdiam,
membisukan diriku buat setika lama.

Al-A'raf ayat ke lima puluh sembilan.

Si Penghuni Neraka,
menyeru kepada Penghuni Syurga,
merayu-rayu,
menagih-nagih pada mereka,

"Tuangkanlah (sedikit) air kepada kami atau rezeki apa saja yang telah dikaruniakan Allah kepadamu"

Dan si Penghuni Syurga menjawab,

"Sungguh, Allah telah mengharamkan keduanya bagi orang-orang kafir."

Tiadalah ku sanggup,
memikirkan,
apatah lagi membayangkan,

ibuku yang tercinta,
bapaku yang tercinta,
adik-adikku,
sepupu-sepupuku,
sahabat-sahabatku,
guru-guruku,

mengemis,
meraih simpati,

daripadaku kelak.

Dan ku hanya menjawab pada mereka,
bahwa ianya haram buat mereka,
orang-orang yang Allah mengharamkan sedemikian.

Dan tiadalah jua ku sanggup,
memikirkan,
mahupun membayangkan,

jika kiranya,
mereka yang tercinta,
berada di Jannah,

dan daku di Neraka,
memohon ihsan mereka,
menagih simpati mereka,

hanyalah untuk mendengar,
mereka-mereka berkata kepadaku,

"Sungguh, Allah telah mengharamkan keduanya bagi engkau, wahai orang kafir."

Allahu Rabb.

Masih banyak lagi kerja perlu dibuat,

Masih belum layak digelar sebesar zarah lagi usaha yang telah dikerah,

selagi mana belum bergelar ahli Syurga,
aku tetap ahli Dunia.

Dan di Dunia yang hina,
kan ku menapak,
menuju ke SyurgaNya yang indah,
bersama mereka yang ku cintai.

Ayuh, wahai ikhwah seagamaku,
wahai akhawat seTuhanku,

perjalanan kita belum berakhir,
di Syurga kelak,
tempat kita berehat,
dibawah RahmatNya, Tuhan Yang Maha Esa.

Oleh itu, wahai akhi ku cinta, wahai ukhti ku hormati,

Kerah segala kudrat yang berbaki,
menyeru diri dan keluarga,
sahabat dan saudara,
guru dan adik,

menjadi si Ahli Syurga,
dan bukanlah si Pengemis Neraka.

"(yaitu) orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia."

-Al-A'raf 7:51 -

Persoalannya,

tertipukah kamu?"

***

#muhasabahdiri
Sumber : Hamasah As-Syabab via Generasi Jutawan Iman & Taqwa

February 3, 2013

Its everyWhere, yet u Say Allah is not there?

"Fridge full of food you say nothing to eat.
Wardrobe full of clothes you say nothing to wear.
Internet full of sites you say you are bored.
World full of miracles and you say it is nothing?"

-.- Shame on you


February 1, 2013

"This is whaT you goT"

Jaulah Korea menyimpulkan kami dengan pelbagai jenis kesimpulan dan pelbagai jenis pengajaran. Tetapi satu pendapat yang kami persetujui bersama, andai kita berjaulah dan berjalan diatas bumiNya keranaNya, ianya adalah lebih baik daripada kita berkhalwat seorang diri menangisi dosa hidup. Bak kata seorang pebimbing "Jaulah itu membasahkan dan mengrefresh semangat dakwah itu sendiri, dimana ia menjadi titik tolak untuk melonjakkan gerakan dakwah kita untuk satu jangka masa bergantung kepada keberkesanan dan ibrah yang dapat dikaut daripada perjalanan itu."

MasyaAllah dengan bajet yang tidak berapa mewah, Engkau hantar kami ke bumi Korea, tempat Engkau letakkan insan insan hebat yang seluruh hidupnya insyaAllah diletakkan kepadaMu. Teguran demi teguran Engkau dirikan pecungkil pecungkil gigi pada mata kami yang ditiup dipicit jari syaitanMu. Hehe..., *tibatiba rasa malu dengan Allah.

"Ini baru seorang akhawat Indonesia yang kamu jumpa"
"Ini baru seorang penggemar kopi yang kamu jumpa"
"Ini baru satu tempat jaulah yang kamu kunjung"
"Ini baru permulaan dik, ini baru permulaan..."

Memanjang lebar bibir kecik ini tertutup sejenak mata sepet ini disaat tersenyum menerima teguran teguran mereka. Teguran yang diberikan dalam nada yang penuh kasih sayang. Sumpah, rindu <3 Sebelum ini juga diri ini pernah cuba berjalan. Tetapi entah kenapa jahiliyah diri menyebabkan rakan-rakan pada waktu itu juga stress keranaku. Pada masa itu niat diri ini hanya mahu mengenali lebih rapat mereka, dan mempraktikkan apa yang dah dipelajari didalam bulatan dalam erti kehidupan yang sebenar. Tetapi perjalanan kami pada waktu itu aku akhiri dengan tangisan yang menyedarkan diri bahawa, "nak belajar biar berguru" "jangan duga lautan tenang dengan ilmu hanya pasal sampan" "apa apa pun, put Allah first and you will never be the last" & "perhaps I am not the reminder who Allah want to put among my people cause this little knowledge that I have is not enough and this bad attitudes that I had planted in me, I has not get rid of them yet". Perjalanan waktu itu terasa terlampau penat sehinggakan menyebabkan diri ini sendiri terlagha. *lagiTamparanMalu

Tapi perjalanan kali ini ya Rabb sayang, Engkau maniskan dengan ketenangan pada sepanjang perjalanan. Juga berjadual seperti dulu, juga pada bilangan seperti dulu, tapi ini lebih bermakna apabila niatku bukan kerana mereka, tetapi niatku keranaMu. Jangan pesongkan jangan pesongkan. Itukah salah satu yang Engkau ingin ajarkan kepadaku? Tentang niat?... LautanMu ya Allah, tidak berani ku duga dengan ilmu yang masih secetek kolam ikan di belakang rumah. MasyaAllah. Perjalanan ini ditangguh dengan mengikat satu perjanjian dengan ahli perjalanan untuk mengamalkan apa yang telah dipelajari, tasbih kifarah dan surah Al-'Asr (103). 
"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie