Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

April 22, 2016

walaupun secuma

Kepada yang mahukan kebaikan itu, dia akan mendapatinya,
walaupun daripada sesuatu yang percuma.

Kepada yang mencintai kecantikkan itu, dia akan mendapatinya,
walaupun pada sesuatu yang sudah tua.

Kepada yang meridukan ketenangan itu,dia akan mendapatinya,
walaupun dikerumuni berjuta manusia.

Kepada hati yang ikhlas mahukan keredhaan itu, dia akan mendapatinya,
walaupun dengan hanya sekeping wajah yang mengukir ceria.

sekadar cuma sesuatu yang kecil, 
tetapi kepada yang sebetulnya jatuh cinta kepadaNya
segala sesuatu menjadi sesuatu yang luar biasa.

April 9, 2016

Lakaran keindahan

Apabila lakaran keindahan itu bukan pada mata

tiada senyuman yang akan memalsu
tiada suara yang akan dijijik
tiada pergerakkan yang akan berserabut
tiada sentuhan yang akan mengasari
tiada wajah yang akan dibenci

       hanya apabila lakaran keindahan itu
           berada di satu tahap
              yang tidak perlu kita cuba faham

maka
lakarlah ia dengan hati
kerana pada momen itu
segalanya menjadi indah
umpama sebatang pokok tua di tanah usang
yang mengeluarkan bunga di musim sejuk.

Peace.

April 8, 2016

disConnected

sayang,
adakah tarbiyyah sedang mengoyak rabakkan hatimu?
adakah kau sedang berada di satu sudut memeluk tubuhmu?
adakah mereka tiada disisimu?
lalu dunia dirasa umpama mengecil dan menjauh dari pandanganmu?

Iya.

Kerana pada saat itu Allah terlampau terlampau dekat denganmu,
memelukmu dengan sangat sangat erat.

Rasa di hatimu saat itu
setelah hentakkan hentakkan padu
saat dunia umpama menzalimi tubuh kerdilmu dan hati rapuhmu
aku disini juga merasa lantunan demi lantunannya.

Ingin sekali merobek tubuhku
lalu menatang keluar hatiku
lalu dihadiahkan kepadamu
biarlah hatiku yang dihentak
biarlah hatiku yang dibelasah dunia
sebagai tukaran hatimu akan ku jaga
dibelai indah disisi qiam bersama Tuhan kita

Iya.
teramat teringin sekali aku...

Tapi sayang,
Hati yang ingin ku hadiahkan kepadamu itu
keadaannya tidaklah sebaik hatimu.
"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie