今天,我的一位老师给我们讲他对一些事的看法,我越听越觉得他说的那些事很有意思。他说:我问过我的一位朋友,她是信教的一位朋友,我问她为什么她怎么决定,她却说"这不是我来决定,这是上帝来给我安排的。"
我的老师,听了她的朋友的答案,觉得不满意。我的老师说"这不是上帝来给你安排,不给你安排的事,你这么一说好像你对你所做的事,所决定的事,不负责任,发生了什么事都还给上帝,都让上帝来负。这你说是怎么回事?"
Bagi kita, orang yang lahir lahir sudah beragama, lahir lahir sudah disuap dengan 5 rukun Islam, 6 rukun Iman, sudah tentu kata-kata cikgu saya di atas seolah merasa ini hanyalah kata-kata dari seorang manusia yang menafikan Tuhan. Tapi cuba kita go through dengan kaca mata daie, seorang manusia yang mahu berdakwah, kita akan slow slow faham kenapa, mereka yang sekarang ini hidup tidak berTuhan, berkata demikian.
Allah kurniakan kita akal, Allah juga memerintahkan untuk kita berfikir, bertanggungjawab atas setiap perbuatan. Hari ini kita diperintahkan untuk melaksanakan dakwah, mengajak semua manusia kembali kepada Tuhan juga adalah kerana roh kita suatu saat dahulu sudah pertama tama berjanji kepada Allah bahawasanya Tiada Tuhan melainkanNya, Tuhan yang Maha Esa, yang Maha Besar.
Walaupun ada kata-katanya guru saya yang dipandu oleh fikrah yang masih belum faham, tapi saya bersetuju dengan satu pendapatnya yang mempersoalkan kenapa kita tidak boleh memperkatakan secara jelas dengan logik akal manusia sebab-sebab kita melakukan atau mengambil sesuatu keputusan untuk melakukan sesuatu perkara, sedangkan kita manusia yang mempunyai akal.
Kemudian kita meletakkan segala tanggungjawab dan kesalahan atas tidak mampu menjelaskan sebab musabab tindak tanduk kita itu, kepada Tuhan, seolah menyalahkan Allah yang menyebabkan perkara ini dan perkara itu berlaku.
Senangnye hidup, wahai manusia yang malas berfikir.
Betul, kita kene redha, beriman dengan qadha dan qadarNya, tapi beringatlah bahawa yang bertanggungjawab atas setiap tindak-tanduk kita adalah kita sendiri. Allah sudah mempersembahkan dan menghadiahkan setiap nikmat akal yang segar bugar gemok juisi dan daging-daging yang membalut mampat tulang belulang sihat lagi qiang untuk kita berfikir, merasa dan bertindak dengan mengetahui tujuan setiap tindak-tanduk kita adalah keranaNya, bukan kerana kita tiba-tiba rasa mahu melakukan, bukan kerana kita tiba-tiba mahu mengikut nafsu dunia, bukan kerana kita tiba-tiba mahu mengikut trend citarasa manusia.
Kita sepatutnya lebih dari orang lain, perlu jelas kenapa. Asbab kita melakukan sesuatu perkara. Andai kita hidup juga kerana follow the flow, tidak mustahil jika suatu hari nanti ada yang minta kita menjelaskan asbab kita hidup, kita akan terpaku, lalu panjat bangunan 30 tingkat untuk memarahi Tuhan kerana tidak menjelaskan, dan terjun ke bawah kerana merasa Allah tiada penjelasan.
#TazkirahDalamKelasBahasaChina